Selamat malam,
Bila aku betol-betol merindui seseorang yang tak pernah hilang dalam hati aku mula lah aku nak menaip. Yes, aku sangat merindui dia. Kadang-kadang aku terfikir, dia langsung tak ingat aku ke? Sikit pun tak ada ke? Orang cakap bila kita rindukan seseorang, letak tangan kanan kat dada dan baca Al-fatihah. Ini je yang dapat hilangkan sedikit perasaan rindu aku.
Kenapa sekarang aku belum dapat move on? Entah lah, maybe aku sayang sangat kat dia kot. Orang cakap macam macam kat dia but aku still percaya kat dia. Orang cakap jangan mengharap sangat, nanti aku yang kecewa. Ya betol. Aku setuju cuma mungkin aku perlukan masa. Aku patut bagi dia ruang untuk berfikir. Aku harap sangat nanti dia dapat fikir yang terbaik. Apa pun keputusan dia aku kena redha. Kalau ada jodoh insyaAllah ada. Aku percaya benda itu je. Allah akan tunjuk yang terbaik untuk aku.
Aku delete nombor dia pun tak ada guna, aku still ingat dalam kepala aku. Aku selalu fikirkan dia, hari ni dia makan apa, buat apa, message sapa, ok ke tak, cukup makan ke tak. Aku teringin sangat nak jumpa dia. Tapi bila dia cakap kalau nak jumpa pun hanya sebagai seorang kawan, aku sedih sangat. Tak ada harapan langsung ke kita? Kenapa tak nak bagi aku peluang? Tak cukup ke kasih sayang aku bagi, aku ni degil sangat ke, aku ni manja sangat ke, aku ni tak cantik sangat ke. Bila aku tanya soalan tu kat kawan aku, dia cakap kau perfect. Jangan salahkan diri, dia yang rugi sebab tak hargai aku.
Erm macam tu ke erk. Sepatutnya aku tak patut pun nak cerita cinta aku yang tak kesampaian tu kat dalam ni. Macam budak-budak sangat kan. Umur dah tua tapi perangai macam budak budak. Aku suka sangat baca buku Faiz Ibrahim, dia cakap bukan dunia kau dah berakhir bila kau tak jadi dengan orang tu, cuma kisah kau dengan dia dah berakhir. Itu sahaja. Kau kena lah move on, jangan asyik nak meroyan, nak meratapi orang yang tak nak kat kau. Betol cakap dia. Aku cuma perlukan masa, biar masa yang menentukan segala-galanya.
InsyaAllah aku boleh. Aku kan kuat orang cakap 💪🏽
Bila aku luahkan kat sini aku rasa lega sangat, macam aku dah cakap kat dia aku rindu dia even dia tak tahu pun 😬
Aku harap sangat selepas ini aku dapat tidur lena. Tak meracau-racau dah. Penat taw huhuhu 😢
Kbye! Good night.
No comments:
Post a Comment