October 18, 2012

Finar Year Student = Final Project

Hi ! 
*sambil-sambil baca journal update blog kejappp*

Final year student = Final project. 
Scary kan bila cakap pasal FYP ni *sambil kesat-kesat peluh*. Mana tak nya bagi masa 3 bulan je ha untuk siapkan research aku ni ha. Dulu-dulu aku selalu baca status abam abam dan kakak kakak senior kat Facebook bila mereka meroyan stress pasal FYP ni. Sekarang turn aku pulak rasakan. Padan muka. Harap sesangat aku dapat handle kertas projek ni dengan baik, harap sangat dapat handle emosi aku ni jugak. Takmo emo tetiba okayyy ? hewhewww
Sabar je la, tak lama dah 3 bulan je lagi, even susah or sakit macam mana pun nak tak nak kena tempuh jugak kan? Nak genggam segulung ijazah tu, banyak sangat ups and down yang terpaksa kena hadapi.

Cakap pasal Final projek aku ni, memula aku macam takut gila nak ambil SV aku ni.  Puan nie, mengikut pengalaman budak kelas aku and senior, dia sangatlah garang, tegas dan suka bagi kerja banyak. Tapi pada pendapat aku, dia okayyy je la. Semester lepas aku ada ambil paper dengan dia, dia sangat sangat okayy. So lain orang, lain pandangan. Minggu pertama sepatutnya dah boleh pegi bincang ke apa, propose tajuk lain ke apa. Tapi aku tak pegi sebab still cuak tak boleh nak face lagi benda nie. Tajuk tu pon, aku cari tapi agak sedikit blurrr. Tapi, dah sebab semua budak kelas aku dah pegi jumpa supervisor masing masing, agak melampaulah kalau aku tak pegi-pegi lagi kan? At last, aku dengan sedikit keberanian yang ada, aku mesej  SV aku. Agak nebess jugak lah, takot menganggu dia kew hape. Dia balas mesej aku, fuhhh lega cheq.

Lepas tu aku dengan kawan aku a.k.a roomate aku pegi la jumpa dia *kitorang amek SV yang sama* dupdapdupdap jugak, kang tetiba dia tanya mana tajuk? haa, nak cekau kat mana tajuk. Tajuk aku jumpa pun entah apa apa, mengarut jew semua tu. Nasib baik dia yang bagi tajuk, tempat kajian pun buat dalam UUM je ni ha. Lebih senang nak buat kerja heheee

Sekarang ni aku dah dapat tajuk, so dalam progress untuk siapkan semua tu. Agak mencabar dan agak stress bila nak cari maklumat dan baca balik semua maklumat yang pelik wuwuuuu.  Wish me luck okay ?



*Dah dah dah, kena sambung baca journal balik*

Bye oulssss ! 
Nunite...... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...