August 25, 2016

Kenapa aku belum dapat move on?

Selamat malam,

Bila aku betol-betol merindui seseorang yang tak pernah hilang dalam hati aku mula lah aku nak menaip. Yes, aku sangat merindui dia. Kadang-kadang aku terfikir, dia langsung tak ingat aku ke? Sikit pun tak ada ke? Orang cakap bila kita rindukan seseorang, letak tangan kanan kat dada dan baca Al-fatihah. Ini je yang dapat hilangkan sedikit perasaan rindu aku.

Kenapa sekarang aku belum dapat move on? Entah lah, maybe aku sayang sangat kat dia kot. Orang cakap macam macam kat dia but aku still percaya kat dia. Orang cakap jangan mengharap sangat, nanti aku yang kecewa. Ya betol. Aku setuju cuma mungkin aku perlukan masa. Aku patut bagi dia ruang untuk berfikir. Aku harap sangat nanti dia dapat fikir yang terbaik. Apa pun keputusan dia aku kena redha. Kalau ada jodoh insyaAllah ada. Aku percaya benda itu je. Allah akan tunjuk yang terbaik untuk aku.

Aku delete nombor dia pun tak ada guna, aku still ingat dalam kepala aku. Aku selalu fikirkan dia, hari ni dia makan apa, buat apa, message sapa, ok ke tak, cukup makan ke tak. Aku teringin sangat nak jumpa dia. Tapi bila dia cakap kalau nak jumpa pun hanya sebagai seorang kawan, aku sedih sangat. Tak ada harapan langsung ke kita? Kenapa tak nak bagi aku peluang? Tak cukup ke kasih sayang aku bagi, aku ni degil sangat ke, aku ni manja sangat ke, aku ni tak cantik sangat ke. Bila aku tanya soalan tu kat kawan aku, dia cakap kau perfect. Jangan salahkan diri, dia yang rugi sebab tak hargai aku.

Erm macam tu ke erk. Sepatutnya aku tak patut pun nak cerita cinta aku yang tak kesampaian tu kat dalam ni. Macam budak-budak sangat kan. Umur dah tua tapi perangai macam budak budak. Aku suka sangat baca buku Faiz Ibrahim, dia cakap bukan dunia kau dah berakhir bila kau tak jadi dengan orang tu, cuma kisah kau dengan dia dah berakhir. Itu sahaja. Kau kena lah move on, jangan asyik nak meroyan, nak meratapi orang yang tak nak kat kau. Betol cakap dia. Aku cuma perlukan masa, biar masa yang menentukan segala-galanya.

InsyaAllah aku boleh. Aku kan kuat orang cakap 💪🏽
Bila aku luahkan kat sini aku rasa lega sangat, macam aku dah cakap kat dia aku rindu dia even dia tak tahu pun 😬

Aku harap sangat selepas ini aku dapat tidur lena. Tak meracau-racau dah. Penat taw huhuhu 😢

Kbye! Good night.

August 22, 2016

Patah Hati


Patah hati atau dalam bahasa englishnya "heartbroken"


Patah hati ni sakit ke tak sebenarnya ya?
Gila tak sakit, ada yang sampai nak bunuh diri, meroyan, stress hampir gila and etc.

Yes, sekarang memang aku tengah patah hati. Why?
Sebabnya aku tak pernah dihargai. Kenapa aku cerita kat sini? nak orang semua tahu ke? Nope.
Bila aku tulis macam meluah perasaan, apa yang aku rasa, sampai aku hampir meroyan hari-hari sampai sekarang.

Sakit? Hanya Allah yang tahu. Orang hanya tahu cakap sabar dan redha. Sabar? Anda tahu apa itu kesabaran? Redha ? Nak redha bukan benda yang mudah, cakap keluar mulut boleh lah. Ya, aku redha. Macam tu, easy kan? Hmm, selama ini aku cuba buat yang terbaik dalam sesuatu relationship. Tapi aku dibuang macam sampah, tak ada kepentingan langsung. Sebab? Tawar hati. Atau hati dah berpaling kepada yang lain. Ke itu sebenar sebabnya. Family aku rasa dianiayai oleh dia. Kami bagi kasih sayang secukupnya tapi kau tak hargai langung!
Kenapa nak malukan family kami. Kenapa langsung tak nak bagi peluang kat aku. Aku pun ada perasaan. Aku sayang kau sepenuh hati, tak cukup ke kasih sayang yang aku bagi. Teruk sangat ke aku?

Kadang-kadang aku dah penat menangis. Aku nak benci kau, tapi aku tak boleh nak lakukan. Aku cuba tapi aku masih ingatkan kau. Pedih kau tahu. Sakit kau tahu. Aku merana kat sini tapi kau seronok di sana, sangat tak adil kan? Kau senang je cakap lupakan kau, kau tahu hati aku hanya untuk kau. Kau cakap mudah. Pernah tak kau fikir pasal aku? Kau cakap kalau ada jodoh ada, kalau tak ada move on. Sakit kau tahu tak, sakit sangat!

Bila aku teringat tarikh makin hampir, lagi lah aku sakit. Sepatutnya next week fitting baju, semua dah settle. Tapi kau musnahkan hari yang paling bahagia bagi aku. Aku tak pernah minta wang ringgit, cukuplah dapat bersama susah dan senang. Itu sahaja.

Takpelah, its okay.
Aku pasrah.
Aku tak dapat nak buat apa-apa.
Hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan untuk menjalani hari-hari mendatang.
Tak senang, dan sangat sukar.

Nukilan ikhlas dariku,
Fhatihah

www.youtube.com/watch?v=9B7UcTBJYCA

March 8, 2015

Special Day

Hai,

Hari ni hari yang sangat special buat aku. Sebab? Secret.

Orang perempuan ni bila kesayangan tak ingat hari special diorang eg. hari lahir or anniversary mula lah muncung panjang sedepa.
Terus mogok tak nak cakap macam aku hahaha *sengal*
Nasiblah Nazz nak layan perangai aku yang belum agak nak matang sangat walaupun umur dah tua kehkehkeh sabar je lah.

Ini serius weh, dah tahu hari special bagi uolss cuba lah buat something yang romantik sikit. Kalau tak berapa nak romantik, spend masa dengan pasangan korang pun takpe dah. At least, pasangan korang akan rasa dihargai. Pasangan korang tu bukan nak pun dapat hadiah mahal mahal, makan mewah tapi just you and her borak borak, cerita kenangan yang buat korang gelak tapi kalau dapat hadiah tu dikira bonus lah hehehe.

Memahami antara satu sama lain sangat perlu sebab komunikasi dalam perhubungan sangat penting *ececeh sejak bila aku jadi Dr Cinta ni*
Sebagai contoh, aku memang tak banyak cakap, bila Nazz tanya Ok ke? Ok je memanjang. Kadang-kadang benda yang tak terluah tu, di pendam je. Last last jadi punca gaduh. Nasib baiklah, Nazz ni jenis bukan suka marah orang. Aku tak pasti macam mana muka Nazz bila marah, maybe tukar jadi hulk hahaha.
So, conclusion nya. Bila jealous ke, tak puas hati ke, cakap je, luahkan. Biar pasangan korang tahu apa yang terbuku di hati korang, takmo lah nanti dia blurr. "Minah ni dah kenapa? Peod ke?"

As a conclusion, aku happy hari ni. Nak cakap tu je ngeeee

P/s: Penulisan yang semakin teruk, bila dah lama tak menulis *sigh*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...