Patah hati atau dalam bahasa englishnya "heartbroken"
Patah hati ni sakit ke tak sebenarnya ya?
Gila tak sakit, ada yang sampai nak bunuh diri, meroyan, stress hampir gila and etc.
Yes, sekarang memang aku tengah patah hati. Why?
Sebabnya aku tak pernah dihargai. Kenapa aku cerita kat sini? nak orang semua tahu ke? Nope.
Bila aku tulis macam meluah perasaan, apa yang aku rasa, sampai aku hampir meroyan hari-hari sampai sekarang.
Sakit? Hanya Allah yang tahu. Orang hanya tahu cakap sabar dan redha. Sabar? Anda tahu apa itu kesabaran? Redha ? Nak redha bukan benda yang mudah, cakap keluar mulut boleh lah. Ya, aku redha. Macam tu, easy kan? Hmm, selama ini aku cuba buat yang terbaik dalam sesuatu relationship. Tapi aku dibuang macam sampah, tak ada kepentingan langsung. Sebab? Tawar hati. Atau hati dah berpaling kepada yang lain. Ke itu sebenar sebabnya. Family aku rasa dianiayai oleh dia. Kami bagi kasih sayang secukupnya tapi kau tak hargai langung!
Kenapa nak malukan family kami. Kenapa langsung tak nak bagi peluang kat aku. Aku pun ada perasaan. Aku sayang kau sepenuh hati, tak cukup ke kasih sayang yang aku bagi. Teruk sangat ke aku?
Kadang-kadang aku dah penat menangis. Aku nak benci kau, tapi aku tak boleh nak lakukan. Aku cuba tapi aku masih ingatkan kau. Pedih kau tahu. Sakit kau tahu. Aku merana kat sini tapi kau seronok di sana, sangat tak adil kan? Kau senang je cakap lupakan kau, kau tahu hati aku hanya untuk kau. Kau cakap mudah. Pernah tak kau fikir pasal aku? Kau cakap kalau ada jodoh ada, kalau tak ada move on. Sakit kau tahu tak, sakit sangat!
Bila aku teringat tarikh makin hampir, lagi lah aku sakit. Sepatutnya next week fitting baju, semua dah settle. Tapi kau musnahkan hari yang paling bahagia bagi aku. Aku tak pernah minta wang ringgit, cukuplah dapat bersama susah dan senang. Itu sahaja.
Takpelah, its okay.
Aku pasrah.
Aku tak dapat nak buat apa-apa.
Hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan untuk menjalani hari-hari mendatang.
Tak senang, dan sangat sukar.
Nukilan ikhlas dariku,
Fhatihah
www.youtube.com/watch?v=9B7UcTBJYCA
No comments:
Post a Comment