Assalamualaikum,
Entry pertama dalam tahun 2012, walaupun sangat sibuk menelaah pelajaran, aku curik sedikit untuk mengudpate belog yang lama ditinggalkan oleh tuannya ini :)
2011,
Selamat tinggal 2011,
tahun derita dan sengsara bagi aku, boleh di katakan satu tahun yang buat aku kehabisan air mata,
tahun yang penuh dengan kekecewaan, kesedihan, di tipu dan di khianati oleh seorang lelaki yang amat aku sayang.. Sehingga detik sekarang aku tak dapat memaafkannya, walaupun aku dah bagi tahu dia bahawa aku sudah memaafkan dia tapi itu semua hanya di bibir, tetapi tidak di dalam hati.. Maaf, aku tak dapat senang-senang untuk memaafkan perbuatan kau terhadap aku.
Kadang-kadang aku selalu tertanya-tanya mengapa ALLAH SWT temukan aku dengan orang yang salah,
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
semua yang berlaku ini menjadikan seorang lagi yang tabah dan tidak mudah percayakan orang.. Alhamdulillah, aku rasa aku lebih tenang sekarang...
aku suka sangat ayat yang aku tempek kat tepi side bar aku nie :
"kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sendiri"
kalau boleh aku nak buang semua kenangan-kenangan itu,
kalaulah boleh aku nak sangat buang dalam laut, or
tanam dalam tanah biar ia lupus begitu sahaja, or
kalaulah boleh nak je aku hilang ingatan tentang kenangan-kenangan pahit itu.
** mereng
apa-apa pun biarlah kenangan 2011 hanya menjadi kenangan pahit bagi aku,
bye-bye 2011 !
2012,
semoga kenangan-kenangan manis tercipta :)