Assalamualaikum w.b.t
Hai ! Bila dah lama tak mengupdate belog, rasa macam tak reti plak nak update LOL
Welcome back to UUM, this is my last semester ! Rasa macam kejap je kan, tup tupp dah nak habis. Masih teringat lagi saat mula mula datang sini, 28/06/2009 tarikh daftar dulu. Dah lebih tiga tahun dah berada di UUM, tahun depan insyaAllah akan grad dan berhajat nak sambung master. Aminnn =)
Bila dah last semester ni kelas ni makin kurang, aktiviti pun makin kurang, berada di sini seminggu keboringan yang amat ohhh. Rasa jew nak balik rumah, siap kira cuti raya haji lagi kehkehkeh
haa, ni lew kalendar untuk semester ni. Banyak cuti kan ?
tak lama dah nak habis ni... Nanti ni mesti aku sangat rindu dekat UUM. Seriously sangat best dok kat sini, mula-mula jew susah sikit nak sesuaikan diri. Tengah dok pikiq nak sambung master kat UUM. Tapi kalo boleh nak lew pergi tengok U lain plak. heeee =P
September 18, 2012
August 7, 2012
Saya Rindu Ex-Roomate saya
Dah lama rasa nak buat entry pasal ex-roomate aku ni ha, tapi tak teringat plak. Bila ada message dengan dia kat facebook semalam, teringat plak nak buat entry untuk beliau.
Ex-roomate kesayangan aku ni nama dia Wahida, umur 2* #rahsia suka sangat panggil dia mokcik, dah ada ehem-ehem so tak boleh nak ushar ushar ok! (:
Semester lepas dia dah habis, aku sangat kesunyian. Dah tak ada tempat aku nak gosip, share cerita sama-sama, share movie, pergi shopping sama-sama, pergi tengok wayang sama-sama, pergi makan kepok lekor cheese kat Jitra, semua tu dah tak ada.. Seriously, dia lah roomate yang paham aku. Sekarang dah berbeza, tak ada orang nak teman aku pergi tengok wayang, nak ajak pergi jalan jalan, tak ada orang yang paham jiwa aku.
Dua tahun aku sebilik dengan dia, masa aku dipermainkan oleh lelaki tak guna tu dia yang ada di sisi aku, memberi aku semangat untuk pulih seperti biasa. Thanks a lot sayang. Jika awok tak ada mungkin saya tak kan setabah ini :)
gambar ihsan dari facebook :)
Bulan 10 nanti dia dah grad. Bestnya dia sekarang dah ada kerja, gaji pun mashyukkk so cepat cepatlah kahwin, tak sabar nak makan nasik minyak mokcik hewhewhew :p
P/s: nanti raya insyaAllah kita jumpa ye mokcik. Saya rindu kat awok ! Lama aihh tak jumpa =(
August 5, 2012
I'm proud with you Datuk Lee Chong Wei
Sebenarnya tiha baru lepas tengok Perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan ni ha. Perlawanan di antara mereka sangat sengit. Game yang pertama di menangi oleh Datuk Lee Chong Wei 21-15, tetapi game yang kedua Lin Dan bangkit untuk menentang Datuk Lee Chong Wei. Perlawanan tersebut membawa kepada game yang ketiga. Seriously, bila aku tengok perlawanan ni buat jantung aku nak jatuh. Kaki tangan aku semua sejuk, sampaikan ada yang dikejarkan ke hospital *penangan Datuk Lee Chong Wei*
Kita KALAH.
Tak ada rezeki, tak mengapa. Kami rakyat Malaysia semua nampak usaha yang ditunjukkan oleh Datuk. Saya sangat bangga dengan Datuk ! Tak dapat makan Baskin Robin free pun tak apa #sebab qlate tak dop Baskin Robin. Nak kata kecewa? hmmm. tak lah sangat anda telah membanggakan Malaysia. Walaupun ia silver bukannya emas, it's doesnt matter :)
Ye, memang teringin sangat nak dengar lagu Negaraku berkumandang di London. Sedih sekali bila terbaca kat twitter Datuk Lee Chong Wei cakap " I'm sorry "
Rasa nak nangis jew bila Datuk cakap macam tu.. Sebak hoi. To me, you the best ! no need to feel sorry. Datuk hero kami semua rakyat Malaysia.
#Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei
sampai bila-bila pun saya tak kan lupakan match yang saya tengok tadi.
P/s: moh kita boikot beli barang China. Dah banyak dah emas, bagilah satu jew untuk Malaysia, ni pun tak boleh ! huh =.="








