June 23, 2011

saya sangat gembira !

Assalamualaikum .

ohh, im happy girl ! why ? why ?
Pada 20hb/6/2011, keputusan final exam semester 4 akhirnya keluar . nak check result bukan main susahnya, dengan portal lembab macam siput vavi . sabor je la~~ kejap je kan lecture marking paper ? tak sampai sebulan dah siap . heheee ^^




Alhamdulillah syukur, result aku sangat membanggakan aku kali ini ~ suka sangat tengokkk . banyak A . heeehe . . tak sia-sia penat lelah aku selama ini ~ walaupun semester 4 aku banyakk lalui kenangan pahit, dengan macam-macam masalah . Semester 4 boleh dikatakan semester berendam air mata T_____T
apa-apa pun, aku nak lupakan semuanya. life must go on ! yeahhh !!

semester 5 lagi mencabar, dengan semua killer paper . nak tak nak kena amek juga paper tue . soo terpaksalah ... huhuuu :(
harapan aku, semester depan result aku lagi cemerlang . nak habeskan semua paper kira-kira && fokus kepada paper under management of technology .


kepada yang berjaya congratz !
yang takk berjaya, sem depan buat yang terbaikkkk !!! (:


June 16, 2011

10 perkara lelaki yang dibenci misz tiha

Lelaki pada hari ini selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.


1.Panas baran Pantang

silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.


2.
Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.


3.
Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.


4.
Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.


5.
Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.


6.
Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.


7.
Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.


8.
Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


9.
Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


10.
Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda. 


 p/s : misz tiha paling benci sekali yang nombor 10 ! lelaki sekarang ini banyak yang penipu . suka sangat mempermainkan perasaan perempuan . kami (kaum wanita) juga mempunyai perasaan . . hargailah orang yang sayang kat anda !

June 11, 2011

Bakti Siswa Perdana DPP Proton ( PART 2 )

hye ! hye ! hye !

hari itu aku cakap mahu update belog . Tapi, sampai sekarang x x x x x x update kan ? i'm sorry ! (sambil tiru gaya AMIR )
hAAA . . ini adalah sambungan part 1 baksis aku haritue . 

PART 2 : Aktiviti bermula ! yay ~

Dalam part ini kitorang ada aktiviti bersama dengan pelajar-pelajar sekolah SK Duyong . Bagi motivasi sikit kat adik-adik biar bertambah rajin . heeee ^__^ 
haaaa . KF [ ketua Fasi] kita ialah Abang Afiq ya adik-adik . . first tym jadi Ketua Fasi dia cakap . . apa-apa pun Afiq the best ! :)

meh kita ushar-ushar picture tym aktiviti memotivasikan adik-adik ^^
check this out yeahhh ! 

 ketika adik-adik baru sampai .
sebelum aktiviti bermula ~


Antara aktiviti yang dijalankan ~
explorace .
semua aktiviti yang dijalankan adalah di bawah biro saya .
paling syiokk explorace .
habes budak-budak dikerjakan oleh kitorang .
dekat check point aku yang paling malang . .
adik-adik kena cari gula-gula dalam tepung yang ditambah dengan air .
euw ! yakss geli jek . jahat sungguh kitorang .. semua ini adalah idea nazirul . hahaha XD

NEXT .
pada petang plak . aktiviti membersihkan kubur dan masjid . Tetapi terpaksa cancel kerana pada petangnya kami pergi melawat salah seorang adik kepada pelajar SK duyong yang telah meninggal dunia . Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau ~ AMIN . Semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman . .

Pada Keesokan harinya, hari last kami di Pulau Duyong . .
Pagi-pagi lagi kitorang bertolak ke rumah Kak Wanie , ex-officio program kita . Thanks kepada keluarga kak Wanie coz bagi kitorang sarapan . sangat sedap Nasi Dagang tue ( pssstttt, walaupun tempah) :P

Sambil-sambil tunggu orang laain sampai . . Adik-adik angkat aku sempat bawakk aku dengan Amy round Pulau Duyong naik motor . serunukk!
Pulau Duyong neh sangat cantik rupanya . . korang sangat bertuah sebab tinggal kat situ :)

Ini adalah gambar yaang sempat diambil semasa jejalan naek motor ~ weee

 permandangan di sekitar Pulau duyong
cantek ! ^____^

 kat rumah aku tak kan pernah jumpa benda neh ..
kat TERENGGANU only ok ! ;)

Kota Duyong tempat bersejarah di Pulau duyong .
Tempatnya agak menyeramkan laa coz sunnyii .grrrrr~
permandangan Masjid Kristal dari jauh . hanya dilihat exlusive dari Pulau Duyong . hohoho :)

After that, (tetiba kecek orang putih )
kring-kring mak panggil balik sebab ramai dah orang berkumpul .
selepas makan semua keluarga hantar anak angkat diorang kat bus. . suasana pilu dan sedih mula dirasai T_____T

 before balik ~
T_____T

Selepas bersalam-salaman . kitorang menuju ke destinasi yang seterusnya .
jejalan yok ! first place : muzium . yay ! :)

 semasa di muzium .
boleyh snap picture di luar je. huhuuu . .

 di kawasan muzium lagi ^^

 dari sini nampak Pulau Duyong takk ? heeee

 sempat posing atas kereta api muzium jap. heheeee

Hari itu hari jumaat, so kitorang terpaksa beredar dari muzium sebelum pukul 11 . .
Masa tue jugakk mak & ayah datang nak bagi aku dan Amy kerepok & mempelam (pebret aku ) terharu seyh ! :(
Sebelum nak p Taman Tamadun Islam, kitorang round bandar Terengganu dulu [sambil tunggu budak lelaki p solat jumaat ]

 dataran syahbandar .
Terengganu sebuah bandar yang sangat cantek ! ^_*y

Selesai shopink di Pasar Payang barulah berangkat ke Taman Tamadun Islam . 

  monumen masjid :)

 pabila tengokk semua monumen masjid ini ia buat aku rasa kagum ~

Penat kaki jalan kat dalam monumen masjid neh .
sangat-sangat besar . huhuuu
papepon jangan bazirkan RM15 yang dibayar tok masuk kat dalam ini ok !
jalan dan terus berjalan. ;)

masa ke pantai ! weee
kitorang sempat singgah di Pantai Batu Buruk . sangat ramai orang, al maklumlah cuti sekolah . Mak Ayah dan Adik-adik angkat aku datang lagi taw !
sangat sangat terharu lor. mak dan ayah mai jao jao  . huhuu  
 paling suka gambar ini . ^^

Baksis Perdana DPP Proton terbaikkkkk !

Selesai sudah Baksis Perdana Dpp Proton .
macam macam masalah yang terpaksa dihadapi oleh kami . dan akhirnya kami berjaya mengatasi . 

sem depan harap boleh join lagi . harapan dapat pergi tempat yang jao lagi . Maybe Sabah ke Sarawak ke ? heheee . pape pon MT dan ajk semua sempoi habes . harap hubungan kita terus berkekalan semasa diluar (:

June 6, 2011

Bakti Siswa Perdana Kembara Ilmu Permata Pantai Timur Terengganu ( PART 1 )

hyeeee !
ini adalah bahagian pertama .
bahagian seterusnya kemudian ya [ nanti tetiba aku rasa rajen , aku update ok !] :)

Actually, tiha baru habis baksis (bakti siswa ) kat Pulau Duyong TERENGGANU . Kalau cakap tak BEST mesti aku tipu . . siyesly, sangat sangat sangat best ! terbaik di situ ~ weee (:
Setelah ku kira, di hitung-hitung, ini adalah baksis ke-3 yang aku pernah join . first kat JENIANG, KEDAH . second FELDA BESOUT, PERAK . . yang paling best ? op koslah, di Pulau Duyong . . heeee ^^
macam-macam yang berlaku kat sana . walaupun semua yang join kebanyakan adalah adik-adik SEM 2 . Tapi, kami boleyh buat kerja bersama-sama . THANKS korang semua ! :)
kalau ada tersalah terkurang, kak teha mintak maaf banyak-banyak ok ! 

Alkisahnya, perjalanan kami bermula pada tarikh 31 MEI 2011 malam . Selepas berakhirnya kursus Induksi . Pengarah kita jadi MC taw . cakap kat first tym kat DMAS . . suara lak ketaq-ketaq . tabiklah kat pengarah kita ! HAHAHAHA. tetiba teringat kat beg aku pada malam tue aku bawak, bukan main besau ~ macam dah tanak balik . ngeee . . ayat yang aku gtaw " kak teha nak p dok uma mak angkat, tak nak balik dah " hahaha :P . Sebenarnya, mao terus balik QELATE sebab tue beg macam orang nak p haji, hohoho

kitorang sampai di sana lebey kurang 9 pagi . . lepas tue majlis perasmian && pembahagian anak angkat .


taraaaaa~~~ ini adalah orang-orang besar Pulau Duyong .


tym pengetua PROTON berucap ~


Selepas sesi pembahagian anak angkat, kitorang p makan dulu ( makan tak lupe auw !sangat2 important!! ) :P
lepas tu baru balik rumah masing-masing ~ [dengan menarik beg besar gedabak ]
first day, kitorang tak da aktiviti sangat . Aktiviti hari tue adalah TIDUR heeee . ( sangat penat semalaman di atas bus dengan air cond macam dok lam peti ais, huuuu T____T )

petang plak kami p round kampung . banyak kali aku tanya adik angkat suh bawak kak teha p jejalan . ( buat muka tak tahu malu) petang tue bersama mak angkat & adik-adik angkat, Kak Madi, Nadia, Ecah, Thirah && Amy . sangat-sangat syiokkkkk ! :)

Kami p Jeti . kat sane boleyh nampak Bandar Terengganu taw !

di JETI ~ ^___^

posing lagi yok!


selepas penat jejalan, ibu belanja kitorang minum ayak ~
AKIM chumel >.<

malam lak kitorang p berpoye-poye kat FUNFAIR . tengs kat PENGARAH coz ajak saya p . kalau tak de sebab teeeeeetttttt, agak-agak pengarah ajak tak ? hmmmm. ???

permainan di FUN FAIR ~
nak masuk jek dah kena bayar RM4. tue tak main lagi ~
satu token RM2 . kebanyakan satu permainan kena guna 3 token .
alahai, melayang pitis aku . wuwuwuwu T____T
kalau bukan sebab pengarah nak sangat sangat masuk . aku tak layan dah . heeee

tak taw nak main yang mana satu . huhu
mana satu pilihan kalbu . lalalalala ~~~

yang ni jek kitorang naek . tak mencabar langsung ! ajak naek yang menakotkan ta nak ! huh @_@
[pssssttttt, kpd nazirul && cik ros . sebenarnya saya takot nak naek benda alah tuee. buat-buat berani jek coz tue ajak-ajak ayam ] :P


pandangan dari atas buaian gergasi .grrrrrr . takot ~~

berehat di tepi jalan sambey tunggu yang lain . ^____^


alahai, PENGARAH macam orang frust bercinta jek ? ade pape ke ? heee


Hari kedua : masuk sekolah ~
aktiviti bermula ! yeahhhh !! >.<

- to be continued -
NANTIKAN !

p/s : sorry . kalau banyak picture dari text . sebab tuan belog memang suke bergambar . hohoho ^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...