December 24, 2011

Slip Exam

Assalamualaikum..

tskk.. masih lagi demam.. T________T
semalam 23hb disember slip peperiksaan aku telah keluar... Bangun pagi-pagi check dengan harapan ada Gap masa exam..harapan hampa sekali, slip exam masih sama dengan draf final exam yang sebelumnya.. aku tak tak kisah balik lambat asalkan dapat fokus study.. nie tak, dah lah study week tak ada ! Universiti lain tengah cuti study week, tapi aku tengah sibuk dok dating dengan Mr. Assignment... tak suke ! @_@



p/s : aku bersyukur sebab tarikh exam aku tak seteruk kawan aku, berderet-deret.. hahaha... wish me luck ! doakan aku ye.. ^^


December 23, 2011

Congrate Adikku !

Assalamualaikum !


Semalam bersamaan 22hb Disember 2011, keputusan PMR telah di umumkan. Adik aku adalah salah seorang calon PMR kali nie.. Adik aku nie seorang yang rajin, tak macam kakak-kakak dia, agak PEMALAS . . hehee.. :P
Kadang-kadang aku selalu buli dia,

" Kak ! basuh pinggan ! "
" Kak! sapu sampah! "
" Kak ! jemur kain Kak Long boleh? "
( KAK - nama panggilan adik aku kat rumah)

dia menurut tanpa merungut, baik kan dia.. hehee
Kak Long dia nie je kaki buli sikit, sorry ya ! ^_^

walaupun dia tak dapat 9A, aku dah bangga dengan dia.. sebab aku tak sepandai dia.. 7A pun dah ok, tak payah sedih-sedih ok!
hari tue, aku dah janji nak belanja dia kalau dia dapat 5A ke atas, so terpaksa tunaikanlah... dia pun dah tuntut tue, huhuu..

semoga Kak berjaya ye ! Kak Long nak tengok kak sambung belajar kat oversea ! :)


p/s : untunglah dapat hadiah handphone baru dari umi ^^ jelessssss nya !

1st Giveaway by Nadia

Assalamualaikum..

yeahh, join GA lagi... hadiah GA sangat-sangat lumayan lah, sebab tue rasa nak join semua walaupun agak sibuk dengan assignment yang melambak.. Rest kejap untuk join GA nie.. heee ^__^
Kali ini GA daripada Nadia 



Syarat dia sangat mudah, sila pergi ke NADIA BLOG untuk join GA nie..
rugi weh sape tak join.. 
tarikh tutup : 31 Diesmber 2011

tiha tagged :

December 22, 2011

1st Giveaway by Anis and Aina

Assalamualaikum..

tskk....buat entry dalam keadaan selsema dan demam, aucummmmm!! :'(
firstly, tiha nak ucapkan Tentang Kita sebab sudi tag tiha join GA.. dah berzaman-zaman rasanya tak join GA... bila tiha tengok hadiah GA nie, terus terasa nak lompat-lompat depan lappy.. hadiah dia memang lah terbaik antara yang paling terbaik... banyak gile kot, rasanya ada 100 lebih.. ^___^
jom lah join! mane lah tahu, ade rezeki... heeee

sila TEKAN bawah kalau nak join :)

Syarat-syaratnya pun tak susah sangat..
moh ler kita rebut peluang keemasan ini (:

orang yang bertuah tiha tag : 

December 16, 2011

Cuti-cuti Malaysia | Part 1

Selamat tengah petang !

Baru selesai menyiapkan assignment individu Industrial Engineering, phew lega... Tapi, 5 assignment lagi belum siap... huhuhu
Tetiba cerita pasal assignment, tak syok lah babe ! kan? kan? hmmm...
haaa, nie mahu story-morry pasal percutian aku bersama-sama family tersayang...baru sempat nak update.. tahun nie kitorang pergi Kuala Lumpur, Melaka, Port Dickson ( tapi tak sempat nak pergi mandi sebab semua chalet & hotel habes kena booking).. Aku sanggup ponteng kelas semata-mata nak pergi holiday, hahaha.. kau ade ? ;p
Yang paling penting aku puas hati walaupun penat. Thank banyak-banyak kat kawan aku sorang tue, sanggup sign attendance untuk aku, tolong print quiz aku.. thank you very much ! ^__^
Pergi bercuti sambil buat assignment? terbaikk kan? terima kasih banyak-banyak lecture sebab tetiba bagi quiz masa aku on the way pergi Kuala Lumpur.. buat assignment masa pergi bercuti? super double triple penat... tak ada masa whoa... huhuu ;'(
Aku jumpa abah umi kat KL, diorang pun bertolak pada hari yang sama dengan aku. Yang paling sadis, masa aku tunggu bus, 2 jam lebih babe ! dahla sampai-sampai je bus buruk, bau hapak pening kepala den, tetiba mabuk bus kekadang dalam hati dok cakap entah sampai ke tak bus nie, nasib baik setibanya di Shahab Perdana tukar bus lain, kalau tak jawabnya........................(sila jawab ) :P

Entry pertama nak cerita pasal hari pertama di Melaka :
Pagi-pagi lagi kitorang bertolak dari Kuala Lumpur ke Melaka, tak berapa jauh sangat. tapi sempat tertidur, heeee.. Sampai je sana bapa saudara aku bawa pergi Perigi Hang Tuah..


adik-beradik & sepupu-sepupu aku

Air kat perigi Hang Tuah sangat sejuk kalau boleh nak je mandi.. Tapi, maluuuuu... :P macamlah boleh mandi  Dekat dengan perigi Hang Tuah tue ada sebuah rumah, rumah Hang Tuah kot pepandai je  nak naek kena bayar ok! nak amek gambar pun kena bayar, semua pakai duit sekarang nie.. iskh iskh iskh~

Lepas tue? Pergi Bandaraya Melaka lah plak.. wink-wink ^^


Antara tempat yang aku sempat pergi pada hari pertama (:

Kami sempat naik kapal besar je...Yang lain ? round atas kapal dah 1 jam lebih, yang lain mana nak sempat.. mana nak jalan-jalan kat Kota A Famosa lagi... 
Nak masuk kena bayar ok ! untunglah kalau semua benda atas dunia nie free.. 

tak mahal pon kan? heeee


di atas kapal gergasi....yok pergi belayar!!



lagi ? 

tunggu part kedua lah plakk... tak dapat nak update panjang-panjang, ada lima lagi assignment lagi yang belum siap..
Bye-bye ! >.<

P/s : target nak snap 1K picture tak tercapai, hanya 800 lebih je... banyak kan? ;p

December 7, 2011

Wordless Wednesday #5

wordless wednesday paling lewat ~


hari nie ADD DROP buat hidup aku tak tenang.. sigh~~

P/s : Alhamdulillah dapat add kesemuanya.. thank you my roomate sebab tolong saya  ^____^

SEGMEN | JOM TAMBAH FOLLOWER


Sila TEKAN sini kalau nak join ~
Hari nie, tiha nak join satu segmen yang di buat oleh cik LULU . .
Sebab join segmen ?
sebabnya? tiha nie, dah lama buat belog tapi tak ramai followers, nak buat macam mana, kadang-kadang je update sebab keBIZIan.. tapi insyaALLAH sekarang dah agak rajin sikit mengUPDATE belog, heeee ^^

P/s : sangat jelessssss tengok orang yang ramai follower.. hiks! 

December 5, 2011

Perwatakan melalui nombor

Jom cuba check! mana la taw ada persamaan ^___^


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.



no.2

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda  mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
P/s : saya nombor DUA ! ^^

December 2, 2011

Contest Blog Paling OHseemm by Fatimah Azzarah

Assalamualaikum...

Salam Jumaat,
hari nie tiha nak join satu contest Contest Blog Paling OHseemm by Fatimah Azzarah . . 
Contest nie sure gila best, nak tahu sebab apa? hadiah memang gempak-gempak babe! mesti tak jumpe kat mane-mane contest...... moh la kita join ramai-ramai ! kalau ada rezeki insyaALLAH dapat... Amin sape tak nak kan? 


Dah ada contest mestilah ada syaratnya kan?


2 ) Letak Entry Ini Dalam Post Blog Anda

3 ) Like Fanpage  Fatimah Azzarah Blog

4 ) Letak Banner Dalam Post ( Wajib )

5 ) Tag 2 Orang Kawan Bloggers ( Pastikan Mereka Tahu )

6 ) Letakkan Entry Anda  Di Komen

7 ) Pemilihan akan diadili oleh saya..

8 ) Tarikh tutup 31.12.2011

9 ) Tekan Sini 
Hadiah ? nak tengok ? TEKAN sini 
sebab hadiah terlalu banyak... dan semua diidam-idamkan oleh aku.... he he he...

tiha tagged :
Eehan | Lia Irdelia

P/s : harap-harap ada luck ! ^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...