March 7, 2015

Best Ke Tidak? Kingsman The Secret Service: Movie Review



Happy Sabtuday !

Korang dah tengok movie ni belum? Mesti sudah kan? Aku je lambat sikit sebab takde masa *alasan yang tak berapa nak boleh pakai* 



So? Best ke tidak? Mao kasi berapa bintang ya?




Walaupun sejuk macam kat Kota Kinabalu, dengan sweater nya tak bawak.
Ape ada hal * Si Nazz yang cakap * tetap fokus tengok movie ni tanpa banyak cakap.
Kemain eksen, last last sape yang menggigil? Cer cakap? hahahaha

Sape yang belum tengok tu cepat cepat pergi tengok sebelum habis kat pawagam sebab:
Movie ni memang BEST gile!
Sepanjang 2 jam, aku langsung tak menguap.
So, it means movie ni tak bosan! hahahaha biasanya kalau movie dua jam cerita pasal detective lagi lah. Sejam awal OK lagi, lepas klimaks mula lah cakap dalam hati bila lah nak habis.
Memang berbaloi tengok even lambat.

Anda yang mampu menilainya, best ke tidak.

Scene paling best for me:
Masa semua kepala meletup and then dengan background music yang sesuai. Sangat kreatif lah! memang teroooor lah orang yang buat effect cenggitu.

Scene sedih for me:
Part Eggsy disuruh tembak J.B. (anjing Eggsy) Aku tengok si JB tu macam nak menangis kot. Kesian weh! Aku sure memang si Eggsy tak kan tembak punye lah.
Satu lagi, masa Harry kena tembak dengan si Valentine tu. Satu part yang tak best sebab Harry mati. Oh Nooooo!

Scene paling aku tak suka:
Part si Harry dengan orang dalam gereja mengamuk lepas sim card yang Valentine bagi di aktifkan. Pergggghhh, horror gile kot! tapi effect dia memang terbaik. Sampaikan aku cakap, Wah! ganasnya dia punye fight.

Last masa balik, Nazz siap cakap lagi kalau dia pakai suit macam Eggsy menyamar jadi Arthur pergi kerja macam mana ek? Mesti handsome gile. hahahaha aku cakap tu buang tabiat. Tak payah nak handsome sangat pergi kerja, nanti ramai ngorat kang sape susah? Aku lah jugak yang susah.

Apa apa pun, aku kasi 4.9 bintang dari 5 bintang! Kang bagi banyak bintang, tak boleh jugak. hehehehe

Kat bawah ni aku sediakan trailer pinjam kat youtube.




Selamat menonton =)

2 comments:

Nizam Riadzi said...

ak jgk xsempat tguk kat wayang...busy sokmo...nasib laa..tenguk online jelah termampu...tu pon nasib ado..hahaa

♥ CIK TIHA ♥ said...

Hahaha rugi babe. Donlod, effect tak bape nak best. Ececeh, busy kalah menteri haa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...