March 1, 2015

Is It Ok To Let Your BF Talks About His Ex?

Hello, Good Night,


Korang suka tak bila BF korang dok citer pasal his past loves? OF COURSE lah tak suka kan?


Tapi korang tetap dengar sebab nak tahu past lovers tu dia macam mana. Cantik ke dia, ke cantik aku lagi? hahahaha
Mula-mula rasa macam Ok tapi bila lama-lama sakit hati lah jugak kan? kan? kan? Lepas tiba-tiba tak nak cakap, diam seribu bahasa, mula lah nak gaduh sebab cemburu *sebab aku biasa buat*

Gila kau tak cemburu!
Macam dia tak boleh lupa lagi kenangan manis dengan Ex dia tu. Lepas tu mula lah nak jadi SPY tak berbayar. Seriously, orang perempuan ni memang win bila tengah menyiasat. Dia tak kan stop selagi tak puas hati. Segala facebook, twitter, instagram, segala sosial network lah dia akan cari. Amek kau! hahahaha

Yang tambah angin lagi, bila baca post lama yang pakwe kita post tentang ex-partners dia, bila nampak dia tulis "I Love You,  Rindu lah, Sayang Menyayang lah", geram kan? haaa, masalahnya tu korang yang sendiri cari pasal. Dok ngada-ngada pergi tengok post lama-lama tu pasal? Sambil tengok, gelak gelak sebab kelako baca post lama pakwe yang macam budak-budak sambil nangis. Haaa, betol lah kan? kan?

Si pakwe pulak, dah taw dah break dengan ex-lama tu, tak reti-reti nak padam post yang anda rasa menyakitkan hati gf anda? Korang ingat gf korang tu tak kan amek inisiatif nak siasat anda. Anda silap mengenai hal itu. Cepat bertindak sebelum tsunami bakal melanda.

Kalau cerita boleh, at least gf korang tahu choice anda dulu tu macam mana. Tapi mestilah cerita benda tu yang pertama dan terakhir kepada gf anda. Memang anda akan tengok dia ok tapi sebenarnya perempuan mana akan ok bila anda bercerita mengenai perempuan yang hadir sebelum dia dalam hidup korang.

For me lah, kita tenagok dari sudut positif. Semua orang ada kenangan atau sejarah masing-masing. Itu semua kisah berapa tahun yang lepas sebelum pakwe korang jumpa anda. Yang penting sekarang, dia ada dengan anda, teman anda sana sini, tak kira susah dan senang. TRUST paling penting dalam perhubungan. Si pakwe pulak janganlah pula ambil kesempatan atas kepercayaan gf korang bagi tu. Kesian diorang, perasaan diorang pun korang kena jaga. Sebab tak semua orang perfert, dan tak ada orang perfect dalam dunia ni.


Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...