November 30, 2011

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum...


P/s : sila telefon kalau nak dapatkan lebih banyak INFO . . . . . . jom pergi tempat tue lagi ! heeee

November 29, 2011

Tentang Saya

Assalamualaikum... Hai semua !
Jom berkenalan..
Nama diberi NUR FHATIHAH BINTI ZAKRIA..
Dilahirkan pada 20 September 1989..
Setiap orang ada mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing..
begitu juga saya.. saya bersyukur dengan apa yang di berikan olehNya..
" nobody is perfect "

SEPTEMBER | BULAN 9


  • sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  • sangat cermat, teliti dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik
JENIS DARAH B (BAIK) ^^


  • Sempoi !!!  
  •  Selesa dengan kesederhanaan. 
  • Dalam  perhubungan seorang yang jujur dan gemar berterus terang.
  • Individu kreatif dan fleksibal. 
  • Individu yang bijak bersosial.
  • Suka berdikari tapi awas kerana akan menonjolkan kelemahan diri. 

RABU | LAMBANG DAUN




  • Pendiam
  • Keperibadian Tenang 
  • Berwibawa  
  • Ramah-tamah
  •  Kalau kamu mengenalinya lebih rapat baru kamu ketahui bahawa dia seorang yang sangat menyenangkan.
  •  Tapi sayangnya dia cepat terbawa arus. Agak mudah mempercayai pada kata-kata  
    orang yang belum tentu benar.
  •  Seorang yang tidak suka diperintah tetapi sangat menyayangi keluarganya.
WARNA MERAH JAMBU | PINK 





  • Seseorang yang akan mencuba sebaik yang mungkin dalam apa jua yang dilakukan. 
  • Suka membantu orang lain.

PERSONALITI SENSITIF
  •  Sering membayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah 
  • simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain.
  • dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain 
  • rasa dan bukan apa yang betul.
  • suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan.
  • tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain.
  • akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan 
  • konflik dengan orang lain.
PERSONALITI PERIANG

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
  • berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
  • lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau
  •  berfikir dengan idea sendiri
  • lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat
  •  keputusan sendiri
  • lebih banyak bercakap dari mendengar
  • berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
  • gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
  • Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

N 


Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.






Inilah budak senget... 
kalau tak kenal dia, dia memang seorang yang pemalu, bila dah kenal, mulut tak boleh stop bercakap... heeee ^____^


P/s : kebanyakkan perwatakan dan personaliti kat atas tue ada pada saya.... Anda bagaimana ? :)


sape ada twitter ?

tweet tweet tweet tweet.......

kat sini siapa ada twitter ? jom lah jadi follower saya.... saya dah ada lama twitter tapi tak aktif sebab tak reti nak guna dan tak ada ramai follower..... hehehehehehe :P


KLIK sini cik tiha 

p/s : macam desperate nak cari follower kan ? heheee :P

November 28, 2011

Bila Harus Memilih





Dulu, Kau Pernah Berjanji Pada Diriku
Untuk Menjaga Dan Menyayangiku
Itu Bererti Sampai Akhirnya
Kau Meninggalkanku
Kini, Kau Ingin Kembali Pada Hatiku
Setelah Kau Pergi Meninggalkanku
Haruskah Hati
Memberi Kesempatan Dirimu

(Chorus)
Haruskah Aku Percaya
Segala Yang Kau Ucapkan
Kata Kata Maafmu, Kata Kata Memohon
Untuk Kembali Kepadaku

Meski Cintaku Padamu
Lebih Dari Yang Kau Tahu
Namun Mengerti Kasih
Tak Semudahnya Itu
Melupakan Yang Telah Kau Lakukan Padaku

Beri Aku Waktu
Untuk Memikirkan Yang Terbaik
Cinta Jadi Dilema
Pergi Ataupun Kembali


p/s : melayan perasaan kejap...
sesiapa rasa lagu nie sama dengan situasi korang ?

November 27, 2011

Gemuk

Sejak akhir-akhir nie, ramai yang cakap aku makin gemuk.. hari nie saje, dah dua orang yang cakap aku makin gemuk... Ini menyebabkan aku rasa down sangat, lepas tue aku rasa tak nak makan apa-apa dah selepas nie... aku tak paham macam mane aku boleh jadi gemuk, padahal makan tak sangat pun.. roomate aku cakap aku BAHAGIA, tak ada problem, asyik senyum je sebab tue dah gemuk... kelakar plak dengar dia cakap aku bahagia, mane ade! dulu sekarang sama je... aku memang suka gelak, ubat awet muda katakan~




selepas tue, aku ushar-ushar mr. google, cari sebab kenapa boleh jadi gemuk..

SO, aku jumpa nie :

Tabiat-tabiat yang menyebabkan kita boleh jadi gemuk,

(1) Makan makanan rendah/bebas lemak- Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar. 
(2) Tidur terlalu sedikit/banyak- Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama. 
(3) Minuman bergas- Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang. 
(4) Elak waktu makan- Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi. 
(5) Makan terlalu cepat- Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.
 selepas aku baca benda alah kat atas tue, semua benda kat atas tue memang aku pernah buat...mungkin nie sebabnya dah naik sedikit.. hehee.. belum terlambat lagi nak mengatasinya~

cara nak mengatasinya :
kena makan makanan seperti kat bawah nie,

(1) Epal- Ia adalah merupakan sumber serat makanan yang baik. Serat makanan bukan sahaja membantu melancarkan sistem penghadaman anda, tetapi ia juga turut membantu untuk mengurangkan kolestrol didalam badan. Selain daripada itu, epal juga tidak menghasilkan sebarang kalori yang mungkin akan mengganggu proses anda untuk menguruskan badan.
Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan sebiji epal sehari adalah lebih baik berbanding orang yang memakan makanan diet mereka seperti roti, biskut dan sebagainya.
(2) Ikan salmon- Sekiranya anda berasa was-was mengenai ikan, anda seharusnya tidak perlu takut terutamanya terhadap ikan salmon. Ini adalah kerana makanan laut merupakan diet yang dapat membantu anda untuk menguruskan badan. Walaupun didalam ikan mengandungi lemak, tetapi hasil daripada kajian menunjukkan bahawa lemak tersebut dapat membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama.
Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan makanan laut beberapa kali dalam seminggu dapat menurunkan berat badan sebanyak 2 pound berbanding orang yang langsung tidak memakannya.
(3) Telur- Ia adalah sumber protein yang baik untuk seseorang. Walaupun ia mempunyai reputasi yang buruk terhadap beberapa perkara, tetapi tiada keraguan ia dapat membantu untuk menguruskan badan anda.
Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan memulakan sarapan telur pada waktu pagi, ia dapat membantu untuk melawan peningkatan berat anda sepanjang hari. Ini kerana kandungan protein didalamnya akan membuatkan anda berasa sentiasa kenyang.
(4) Tomato- Sebenarnya pelbagai sayuran lain elok untuk anda amalkan untuk membantu menguruskan badan. Tamato diambil sebagai contoh kerana ia merupakan sayuran yang mudah untuk dimakan dimana sahaja dan ia juga sayuran yang enak. Selain daripada itu, ia juga elok untuk penjagaan kulit anda.
(5) Badam (almond)- Sekiranya anda seorang yang gemar memakan makanan ringan untuk tujuan menguruskan badan, badam adalah pilihan yang terbaik. Segenggam badam dapat membantu untuk anda berasa kenyang sepanjang hari.
Hasil daripada kajian menunjukkan wanita yang memakan badam sekurang-kurangnyanya 2 kali seminggu dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding daripada wanita yang tidak memakannya.
nak cubalah selepas nie..

p/s : doakan semoga aku berjaya kurus ya ! ^_____^

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H/2011



Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah... Semoga Allah S.W.T mengampunkan segala dosa kesalahan kita pada tahun sebelum ini dan juga yang akan datang.. Berkat rahmat dan nikmat pahala dariNya kita patut bersyukur. Mulakan tahun baru dengan penuh keazaman untuk memperbaiki hubungan kita kepada Allah SWT dan juga hubungan kita sekalian saudara sesama Islam. Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan olehNya.. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa, lebih beriman dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin


 Azam tahun baru : Nak cari calon suami..... :P heeeeee...ok, aku tipu... tak adalah, bukan masa nak mengatai lagi....Azam tahun nie, nak dapat dekan, tak mo malas-malas lagi... Amin

November 24, 2011

tak puas !

Bismillahhirrahmanirahim..

Selamat malam..

seminggu  lepas (baru sempat nak update ) aku baru balik pergi bercuti ( cutilah sangat).....siyes, memang best ! nak tahu kenapa? because......................................................
semuanya free, bestlaa ade orang yang sponsor nie.. untunglah kan? heheee
sebenarnya, aku join program PERSADA (Permuafakatan Anak-anak FELDA), errrr errr aku nak felda ke? mak sepupu aku dok felda, so kira anak felda jugak la kan? ngeeee :P
Pada awalnya, aku tak tahu aku join program apa, dengar je dapat pergi Pulau Pangkor , free pulak tue.. apalagi, terus cakap nak nak nak !! pergi sane pon tak tenang sebab hari ahad (8.00 am) ada exam.. buku tetap di tangan.. dah tahu exam tapi tetap gatai-gatai nak pergi jgk nohh, sape suruh !! 
program nie berjalan selama tiga hari 18 - 20hb 11....selain tue, ahli-ahli Persada USM dan UNIMAP pun ikot serta dalam program nie..

jom tengokk picture yang aku sempat ambil... HEEEE ^_____^


gambar kat atas tue (sila pandang ke atas) masa kitorang baru sampai di Jeti dekat Lumut.. tengah tunggu feri mai..sampai kat sane pukul 5.30 pagi, feri sampai pukul 7 pagi... laaaaaamaaaanyaaa, haihh~


angin kuat ouhh~


van yang paling comel pernah aku jumpa, kaler PINK lagi taw! :D


masa nie tengah tunggu budak UNIMAP dan USM sampai.. lama gler kot, kitorang tak tahu nak buat apa lagi, selagi diorang tak datang, selagi tue program tak boleh nak mula, adoyai =.="


snorkeling tym!  


kena naik bot dulu baru dapat pergi tempat snorkeling... siyes, tempat nie memang cantik... kawan aku siap cakap nak buat honeymoon kat sini... ^____^


another bot ! 

riadah ! goin' to travel Pulau Pangkor, explorace ! yahuuuuuu...


semangat je lebih....

jalan ramai-ramai.... jom pergi pantai !

shopping apa yang patut.... baju pangkor tue WAJIB hehee


sangat-sangat cantik O__o

anugerah Tuhan yang terindah :)

first time dapat pergi sana.. ok lah, not bad... best jugak..
tapi ? haaa, ade lak tapi-tapi
ade detik yang mencemaskan masa kitorang nak balik, kitorang hampir kena tinggal feri.. cuak giler lah! nasib baik pakcik van PINK hantar kami ke terminal yang kedua.. aku ingat lagi bila pakcik tue bebel " dah tahu nak naik bus pukul 8.30PM, datanglah dekat feri pukul 7.30 ke? 7.45 ke? nie pukul 8 baru nak telefon..... " gulpppp, tak pasal-pasal kena bebel... padan muka kitorang... pape pon tengs pakcik, saya sempat naik feri dan dapat jawab exam keesokkan harinya... :)

p/s : jangan berjalan time exam, semua kerja jadi tak betol.... jiwa pun tak tenang.... heeeee


November 16, 2011

wordless wednesday #3 | si kecil

haa, kecik-kecik dah pandai pegang tangan.......
rotan kang ! 




draf final exam saya

bismillahirahmanirrahim..

tak tahu nak start kat mana, dah lama tak menaip kat belog aku yang hudos nie.. nak update memanglah ingat nak update, tapi line serindit uum nie, slow macam siput.. aku yang rajin, tetiba jadi malas.. lepas tue, berkulat kat draft, tak jadi nak update sebab dah lupa benda tue.. heeee
haa korang !
draf final exam aku dah keluar taw.. aku rasa macam sengal je jadual exam aku kali nie, semua mantap-mantap plus terbaik babe! dahla study week tak ada, pastue dapat plak jadual exam macam tue.. alahai, macam kena heart attack.. nasib badan lah.. ehh ehh, ada kena mengena dengan badan ke? errr, nasib aku lah.. huhuhuu.. 



draf exam yang " sangat-sangat best kan ? " paper semua dekat-dekat.. confirm jammed otak aku..
last days exam, dua paper ouhh.. yang penting habes awal, hoooreyy ! ^_____^

p/s : sempena nak dekat exam nie, aku nak mintak maaf kat semua yang pernah terasa hati dengan aku, tak ada niat langsung nak buat korang terasa ok! :)
haa, sape ade buat salah dengan aku? cepat mintak maaf ! kepada sesetengah orang, kalau aku tak nak maafkan, sorryla wehh.. ko buat kesalahan yang besarlah dengan aku tue.. 
tak tujukan kat sape-sape, sape yang makan cili dia terasa pedas . . ^^


November 3, 2011

Raya Haji ada orang makan biskut ke ?

Haip !

hari nie, 3hb 11 2011.. lagi tiga hari lagi nak sambut Hari Raya Eid-adha, yeay ! siap sedia lembu, tak lama lagi korang jadi mangsa,  miahahaha.. :D
cuti dua minggu, bosan siot kot.. tak ada benda nak buat **padahal assignment berlambak, buku pon tak sentuh lagikk.. feel nak buat assignment tak dak lagi.. nanti due date nak dekat, kita pulun lah assignment tue, macam biasa... hahaha . . lepas tue bising lah, dok cakap assignment melambak awal-awal tak nak buat :P 

dah lari topik plak.. Tahun nie tetiba je umi aku nie rajin, semua biskut nak buat.. biasanya biskut tunjuk je.. lepas tue jadi mangsa kak long lah, kena buat itu ini **haa! merungut-rungutla plak cik tiha.. buat kerja biar ikhlas..eyh, iqlashlah! sapa kata tak ikhlas, he he he.. sebenarnya, buat biskut nie syok juga.. sepahkan dapur, lepas tue kena kemas yang paling malas nak buat.. elehh, korang pon sama dengan aku jugak kan? ngaku jek.. hahaha..


taraaa, inilah biskut handmade aku.. biskut ______, alahai lupe lak nama dia..


kita bako! kita bako!


biskut Arab & tart-nenas
biskut arab tue nampak pelik kan? adik aku lah nie punyer keje, nak suh nampak cantik, kan dah jadi pelik.. rumah aku je ada biskut arab macam tue, hikhikhik.. Tapi nasib baik rasa masih sama ^^

TAPI,
buat biskut nie ada orang makan ke masa raya haji? biasenya, orang tak pandang biskut tym raya haji, orang pandang cik lembu, cik unta je.. tak ada orang nak makan tak pa, family aku makan ! 
pssssttt, sebenarnya aku sangat sangat sangat tak suka makan biskut tak kiralah biskut itu sedap sangat ke tak..biarlah korang makan chipsmore ke, biskut jacob ke, biskut ada jam ke, asal je nama biskut, i dont like ! teringat lak sem lepas, aku beli biskut jacob bukan kemain besar *eksen nak diet... tapi tak sentuh pon.. satu sem dok dalam bilik aku tak tersentuh.. last-last kasi kat orang, membazir jek.. heee

biskut lain, OTW.. he he he (:

Biasanya kat negeri lain Hari Raya Haji tak meriah, tapi raya haji kat Kelantan sangat meriah wooo.. best sangat bila dapat kumpul ramai-ramai pastue buat makan besar satu family *gearbox tue yang aku nantikan ! satu je yang tak best, satu minggu tue menu makanan kitorang pasti daging daging & daging.. walawehh, sampaikan rela diet sebab muak makan daging.. lagi satu, berat badan aku pasti naik mendadak *makin gemok sebab daging tue banyak kolestrol, boleh dapat darah tinggi tahu tak? makanan tym raya haji nie, eeeeeeii semuanya sedap-sedap.. tergugat iman aku nak berdiet.. sia-sia je aku joging tiap-tiap hari.. hohoho




p/s : nanti aku buat entry pasal raya haji di kelantan oke! kbai :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...