November 27, 2011

Gemuk

Sejak akhir-akhir nie, ramai yang cakap aku makin gemuk.. hari nie saje, dah dua orang yang cakap aku makin gemuk... Ini menyebabkan aku rasa down sangat, lepas tue aku rasa tak nak makan apa-apa dah selepas nie... aku tak paham macam mane aku boleh jadi gemuk, padahal makan tak sangat pun.. roomate aku cakap aku BAHAGIA, tak ada problem, asyik senyum je sebab tue dah gemuk... kelakar plak dengar dia cakap aku bahagia, mane ade! dulu sekarang sama je... aku memang suka gelak, ubat awet muda katakan~




selepas tue, aku ushar-ushar mr. google, cari sebab kenapa boleh jadi gemuk..

SO, aku jumpa nie :

Tabiat-tabiat yang menyebabkan kita boleh jadi gemuk,

(1) Makan makanan rendah/bebas lemak- Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar. 
(2) Tidur terlalu sedikit/banyak- Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama. 
(3) Minuman bergas- Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang. 
(4) Elak waktu makan- Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi. 
(5) Makan terlalu cepat- Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.
 selepas aku baca benda alah kat atas tue, semua benda kat atas tue memang aku pernah buat...mungkin nie sebabnya dah naik sedikit.. hehee.. belum terlambat lagi nak mengatasinya~

cara nak mengatasinya :
kena makan makanan seperti kat bawah nie,

(1) Epal- Ia adalah merupakan sumber serat makanan yang baik. Serat makanan bukan sahaja membantu melancarkan sistem penghadaman anda, tetapi ia juga turut membantu untuk mengurangkan kolestrol didalam badan. Selain daripada itu, epal juga tidak menghasilkan sebarang kalori yang mungkin akan mengganggu proses anda untuk menguruskan badan.
Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan sebiji epal sehari adalah lebih baik berbanding orang yang memakan makanan diet mereka seperti roti, biskut dan sebagainya.
(2) Ikan salmon- Sekiranya anda berasa was-was mengenai ikan, anda seharusnya tidak perlu takut terutamanya terhadap ikan salmon. Ini adalah kerana makanan laut merupakan diet yang dapat membantu anda untuk menguruskan badan. Walaupun didalam ikan mengandungi lemak, tetapi hasil daripada kajian menunjukkan bahawa lemak tersebut dapat membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama.
Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan makanan laut beberapa kali dalam seminggu dapat menurunkan berat badan sebanyak 2 pound berbanding orang yang langsung tidak memakannya.
(3) Telur- Ia adalah sumber protein yang baik untuk seseorang. Walaupun ia mempunyai reputasi yang buruk terhadap beberapa perkara, tetapi tiada keraguan ia dapat membantu untuk menguruskan badan anda.
Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan memulakan sarapan telur pada waktu pagi, ia dapat membantu untuk melawan peningkatan berat anda sepanjang hari. Ini kerana kandungan protein didalamnya akan membuatkan anda berasa sentiasa kenyang.
(4) Tomato- Sebenarnya pelbagai sayuran lain elok untuk anda amalkan untuk membantu menguruskan badan. Tamato diambil sebagai contoh kerana ia merupakan sayuran yang mudah untuk dimakan dimana sahaja dan ia juga sayuran yang enak. Selain daripada itu, ia juga elok untuk penjagaan kulit anda.
(5) Badam (almond)- Sekiranya anda seorang yang gemar memakan makanan ringan untuk tujuan menguruskan badan, badam adalah pilihan yang terbaik. Segenggam badam dapat membantu untuk anda berasa kenyang sepanjang hari.
Hasil daripada kajian menunjukkan wanita yang memakan badam sekurang-kurangnyanya 2 kali seminggu dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding daripada wanita yang tidak memakannya.
nak cubalah selepas nie..

p/s : doakan semoga aku berjaya kurus ya ! ^_____^

3 comments:

NUR AYNIE said...

nk coba gk la hikhik..=P

Lia Irdelia said...

wah..
tips yang menarik..
tq!

♥ CIK TIHA ♥ said...

cube jgn tak cuba, tiha pon tgh cuba gak nie.. nak tgok berkesan ke tak... heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...