November 29, 2011

Tentang Saya

Assalamualaikum... Hai semua !
Jom berkenalan..
Nama diberi NUR FHATIHAH BINTI ZAKRIA..
Dilahirkan pada 20 September 1989..
Setiap orang ada mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing..
begitu juga saya.. saya bersyukur dengan apa yang di berikan olehNya..
" nobody is perfect "

SEPTEMBER | BULAN 9


  • sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  • sangat cermat, teliti dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik
JENIS DARAH B (BAIK) ^^


  • Sempoi !!!  
  •  Selesa dengan kesederhanaan. 
  • Dalam  perhubungan seorang yang jujur dan gemar berterus terang.
  • Individu kreatif dan fleksibal. 
  • Individu yang bijak bersosial.
  • Suka berdikari tapi awas kerana akan menonjolkan kelemahan diri. 

RABU | LAMBANG DAUN




  • Pendiam
  • Keperibadian Tenang 
  • Berwibawa  
  • Ramah-tamah
  •  Kalau kamu mengenalinya lebih rapat baru kamu ketahui bahawa dia seorang yang sangat menyenangkan.
  •  Tapi sayangnya dia cepat terbawa arus. Agak mudah mempercayai pada kata-kata  
    orang yang belum tentu benar.
  •  Seorang yang tidak suka diperintah tetapi sangat menyayangi keluarganya.
WARNA MERAH JAMBU | PINK 





  • Seseorang yang akan mencuba sebaik yang mungkin dalam apa jua yang dilakukan. 
  • Suka membantu orang lain.

PERSONALITI SENSITIF
  •  Sering membayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah 
  • simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain.
  • dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain 
  • rasa dan bukan apa yang betul.
  • suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan.
  • tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain.
  • akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan 
  • konflik dengan orang lain.
PERSONALITI PERIANG

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
  • berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
  • lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau
  •  berfikir dengan idea sendiri
  • lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat
  •  keputusan sendiri
  • lebih banyak bercakap dari mendengar
  • berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
  • gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
  • Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

N 


Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.






Inilah budak senget... 
kalau tak kenal dia, dia memang seorang yang pemalu, bila dah kenal, mulut tak boleh stop bercakap... heeee ^____^


P/s : kebanyakkan perwatakan dan personaliti kat atas tue ada pada saya.... Anda bagaimana ? :)


2 comments:

Lia Irdelia said...

rajinnya buat research..
hehe

♥ CIK TIHA ♥ said...

isi masa terluang (padahal assignment berlambak ) :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...