August 23, 2011

cik tiah kena CHICKEN POX ?

Situasi semasa sahur : Umi, kenapa makin teruk nie ? dahla makin banyak bintik-bintik.. dahla demam tak sembuh-sembuh... sekejap ok pastue demam balik.
Adik aku mencelah, Kak rasa Kak Long kena bertih.. Bertih ? apakah tue ? bertih jagung kak long tahu lah..

lepas itu, aku masuk bilik terus buka lappy cari bertih tue apa.. rupa-rupanya bertih tue ialah Chicken Pox, Cacar Air atau jintungan.. ouhhhh, i see !

haaa, ini la maklumat yang aku jumpa.. Copy & paste je :)

Chicken pox disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 


Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).







haaa, macam kat atas tuela keadaan kulit aku..

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 

betul-betul, semua kat atas tue dah terjadi kat aku.. haiyaa ! T____T

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu.. haaa? 2 minggu? Raya tinggal satu minggu lagi.. Aku tak nak raya dalam keadaan muka yang bintik-bintik..

Doakan aku cepat sembuh ya ! Aku nak raya sakan tahun nie... huhuu :)

sapa-sapa tahu nak hilangkan chickenPox nie cepat ?
please help me! :(

August 22, 2011

Kenapa senang sangat nak minta maaf ?

Salam !

Mood : masih demam :(
Kadang-kadang memang memaafkan lebih baik dari berdendam.. Tapi,  kemaafan hanya sekadar di mulut, di dalam hati langsung tiada kemaafan. Kalau buat salah senang je nak minta maaf, kadang-kadang dia tak fikir apa yang telah lakukan buat orang merana.



Sering kali aku tertanya-tanya takkan nak maafkan begitu sahaja ? Hati telah disakiti. Penderitaan itu tak mungkin aku lupakan sampai akhir hayat aku. Perlu ke maafkan orang macam itu? 
hmmm?
Mengapa perempuan macam aku ini senang nak maafkan orang lelaki :
  • firstly, wanita mempunyai hati yg lembut. Mereka mudah rasa kasihan apabila lelaki memohon maaf kepada mereka. Mereka tak kisah sekiranya diri merana.
  • wanita mudah termakan pujukan lelaki... Mungkin lelaki mempunyai sifat pandai memujuk wanita, mulut manis... (kalah manis madu lagi taw ! )
  • tidak dapat melupakan kenangan bersama si dia... baik wanita menjauhi kenangan-kenangan manis bersama mereka ini akan mbuatkan diri merana...
  • wanita terlalu bgantung dengan lelaki, takut tiada pengganti...jangan risau maybe kita akan mendapat pengganti yang lebih baik daripada lelaki tersebut..buat apa meranakan diri disebabkan lelaki yang suka menipu, tak pernah jujur pada kita, hampeh!
  • perasaan yang berbelah bahagi sama ada memberi si dia peluang ke 2 ataupun tidak. berhasilkah hubungan tersebut sekiranya lelaki itu hanya berlakon mencintai kita jangan sesekali berfikir untuk memberinya peluang.


bukan tak nak maafkan, sedangkan Nabi maafkan umatnya apatah lagi kita, insan yang kerdil ini... Kadang-kadang apabila timbul perasaan benci dalam hati nak tengok muka dia pun tak boleh.

Aku akan cuba sedaya-upaya hilangkan perasaan MARAH, BENCI dan DENDAM yang tersimpan dalam hati~ (insyaALLAH)

August 21, 2011

Tuan belog tak sehat


tuan tanah tak sihat, tetiba je demam...
TAPI
dia tak suka makan ubat, walau seterok mana pon sakit . .
sangat sangat DEGIL kan?
sehingga waktu sekarang, dia tak sentuh sebiji ubat pon..
hanya dok ketaq-ketaq dalam selimut, siap dengan stokin lagi..
kalah overseas gitu, heeeee~
namun masih sempat update belog...  :P

doakan tuan tanah cepat sembuh ek ? ^____^

August 16, 2011

hobi je laaa

kadang-kadang tak semua kita buat orang suka..
ada jugakk yang tak suka dengan perangai kita..

Perangai aku yang satu neh je orang tak suka kot... (aku rasa lah ) heee~
hobi aku yang suka update status kat facebook....
setiap jam aku pasti buat status baru...
sampaikan junior aku cakap, " kak tiah banyak modal lah nak cerita ", he he he ( aku cuma mampu tersenyum)
aku hanya mengupdate, orang lain bagi komen.. errr err, salah ek ? 
aku neh malas sikit nak komen-mengomel entry orang.. orang komen aku punye status aku balaslah.... :)
kadang-kadang aku fikir, facebook tue macam diaryy harian aku... [ belog ditempat kedua ok!] :P
aah, setelah aku fikir punye fikir, betollah semua aku bagitahu kat situ, hikhikhik... (kawan-kawan janganlah marah, memang hobby nak buat macam mane )
kalau aku nak update beribu-ribu status pun tak salah kan? itu facebook aku.. kalau tak nak tengokk aku, just remove aku. terus block ok !

aku dah bertekad cuba buang sikap aku, akanku buktikan pada kamu semua... aku bukan addicted dengan facebook ! 



p/s : hanya sekadar hilangkan boring je laaa ^^

August 15, 2011

OMG ! Kenapa dengan aku nie ?

Aku memang tak rasa nak menaip, 
tapi aku nak luahkan apa yang terpendam.
Aku tak nak kongsi masalah aku disini,
nanti orang baca.
kalau dulu, belog tempat aku meluahkan perasaan,
tapi tidak lagi sekarang.
Aku tak nak orang tahu apa yang aku rasa..

Ya Allah, aku betul-betul buntu.
Aku rasa sangat sangat tak selesa..
seyes, aku amat memerlukan seseorang untuk 
aku mengadu.
yang boleh bagi aku nasihat,
yang mana baik dan yang mana buruk.
Aku harap ada seseorang akan telefon aku,
buat aku ketawa, buat aku gelak..

hmmmm?
................................................
( Mood Nur Fhatihah binti Zakria memang dah hancur )

August 14, 2011

Jangan Terlalu Memilih, Terimalah Dia Apa Seadanya..

Jangan Terlalu Memilih, Terimalah Dia Apa Seadanya..






Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…
Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL
Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”

copy from : jangan terlalu memilih, terimalah dia apa seadanya

MOOD

Hari ini, 14 Ogos 2011

mood aku sekarang sangat sangat terukk....

 rasa SEDIH


rasa KELIRU



rasa serba tak kena



rasa macam nak pecah kepala ini

kadang-kadang rasa tak nak fikir, tapi kena fikir jugak !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...