August 10, 2011

Perangai Anak Sulung | Saya la tue, hik !

Selamat Malam !


Sejak akhir-akhir ini, rajin plak aku mengUPDATE belog aku neh... kalau takk, HARAM aku nak jengukk... kesian my belog.. heeee
Berbalik kepada tajuk di atas, mahu story-story sikit mengenai perangai Anak Sulung atau Anak Pertama.... Disebabkan aku anak sulung sebab tue laa aku terfikir nak buat entry ini.. ^___^
Sape-sape rasa dia anak sulung, sila check ini.. Nak tengok sama ke tak dengan perangai korang.

firstly, 

SUKA BERTERUS TERANG
Dalam hal perasaan, korang yang anak sulung ni memang tak pandai menipu. Korang percaya, jika korang menipu berkaitan perasaan ini bermakna korang menipu diri sendiri. Tapi, perangai berterus terang korang tu perlu digunakan dengan baik sebab takut nanti disalah tafsir oleh mereka yang mudah berkecil hati. Malahan, anak sulung ni sebenarnya seorang yang jujur dalam sesebuah perhubungan.



secondly,

SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

Disebabkan dalam adik beradik korang merupakan yang paling tua, secara tak langsung korang telah diberi kepercayaan daripada keluarga untuk memikul pelbagai tanggungjawab. Lebih-lebih lagi dalam menjadi role model kepada adik-adik. Perkara ini menyebabkan korang lebih matang daripada usia. Selain tu, perkara ni jugak boleh menyebabkan korang menjadi seorang perfectionist sebab mahukan semua benda mengikut perancangan korang.

next,

BIG BOS
Disebabkan korang paling tua dalam adik- beradik, secara tak langsung mereka yang anak sulung ni sedikit big bos. Suka mengarah dan memerintah. Perkara ni kadang kala boleh menyebabkan perbalahan dalam hubungan. Apatah lagi jika dalam hubungan suami isteri.  

next, next,
PENYOKONG YANG BAIK
Anak sulung memang menjadi penyokong yang baik bagi sesebuah keputusan. Ini kerana, korang sukar membuat keputusan. Keputusan korang mudah dipengaruhi jadi cara yang selamat adalah dengan menjadi penyokong kepada keputusan yang telah di ambil. Sikap korang yang sukar membuat keputusan menyebabkan orang lain boleh mempengaruhi korang dan memanipulasi kelemahan korang ni. Korang kena berhati-hati ya! :) 

next, next & next
PELINDUNG
Ini memang kelebihan anak sulung. Walaupun kadang-kala anak kedua dilihat lebih agresif tapi anak sulung dikatakan sangat bersikap pelindung. Mereka mempunyai daya tahan yang sangat tinggi dan kuat dalam mengharungi apa jua cabaran. Malahan, mereka juga sanggup mengenepikan kepentingan diri asalkan keluarga dan orang yang dia sayangi terbela.

lastly,
KEPEKAAN DAN KEPEDULIAAN YANG TERBAIK
Korang dikatakan memiliki daya kepekaan dan kepeduliaan yang paling terbaik berbanding adik beradik lain.  Ini mungkin disebabkan korang sentiasa mahukan semua benda perfect. Korang sanggup menghabiskan banyak masa untuk memikirkan perkara yang kecil sedangkan pada hakikatnya perkara itu mudah dan boleh diselesaikan. Ini juga dipengaruhi oleh kekurangan sifat korang dalam membuat keputusan.




haaaaaa, sama tak ? sama tak ? semua info-info ini aku search dari Pak cek GOOGLE...
Apa yang aku tengokk semua tue ada dengan perangai aku... bukan kes nak promot diri ok!
Daripada pemerhatian korang tentang akak, abang or korang macam mane? sama tak?


p/s : Kalau aku rajin, aku buat entry untuk anak-anak yang lain ek ? (: 

2 comments:

Hidayah bt Zainab said...

sungguh doh..!
kiro stuju la.. haha

♥ CIK TIHA ♥ said...

hahaha... betul la tuee kan. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...