Salam Ramadhan jugakk yee! hari ini dah hari ketujuh puasa....kejap je kan masa berlalu, tup tupp dah seminggu kita berpuasa..
So, sempena bulan yang baikk neh, banyakkanlah kita berbuat amal kebaikan... semoga hidup kita lebihh dirahmati olehNYA.. Amin~
( macam Ustazah pulak aku neh, ngeee )
haaa, dengar takk apa yang ustaz Syahir cakap ?
" Ramadan adalah bulan kesabaran. Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang bersabar "
copy from my best friend in the world : syahir
so, banyak-banyakkanlah bersabar, jangan asyik nak marah je... biasalah, dalam bulan Ramadhan neh, semua benda takk kena... salah sikit je, melenting bukan main.
(ehem-ehem, macam ada pengalaman lak... )
dalam dua tiga hari ini, banyak gak la benda yang nak buat aku marah...tapi, aku gunakan prinsip, SABAR SABAR.. bila dah tak tahan sangat nak marah, sila p amek wudhuk && baca Al-Quran. InsyaALLAH, sangat sangat lega... Cakap pasal Al-Quran, azam puasa aku tahun nie nak habeskan 30 juzuk dalam masa 30 hari.. agak-agak tercapai takk ? heeee
hmmm? ok lah ! banyak plak keje kena buat... biasalah, housewife takk da gaji... huhuuu~
sebelum jum tengokk antara ayat-ayat dari Syahir.. (kalo dye taw aku copy ayat dye, habeslah aku ! )
Ya Allah..Jadikanlah Hamba ini seorang islam yg muslimin,Seorang beriman yg mukminin,Solat yg khusyuk,Amalan yg Soleh,Niat Yg Ikhlas...Hidupku Dalam Kalangan Alim Ulama',Dan Matiku tergolong diantara Para Syuhada'......
lagi?
seorang lelaki perlu mencari isteri beragama, baik tingkah lakunya, tahu membaca al-Quran dan inginkan ilmu pengetahuan. “Dunia adalah perhiasan dan perhiasan yang baik ialah isteri yang solehah
seterusnya ?
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
and last sekaly....
Empat waktu dalam hidup :)
1. Waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah.
2.Waktu untuk dia bermuhasabah terhadap dirinya.
3.Waktu untuk dia berfikir mengenai ciptaan Allah.
4.Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.
Adakah kita sudah memikirkan mengenai empat perkara di atas atau kita menumpukan pemikiran kepada aspek tertentu sahaja? Dunia di sekeliling kita hanya memikirkan mengenai perkara yang keempat.
suka sangat baca, kadang-kadang ia menginsafkan diri~
oke lah, banyakk keje menanti....
oke lah, banyakk keje menanti....
No comments:
Post a Comment