August 22, 2011

Kenapa senang sangat nak minta maaf ?

Salam !

Mood : masih demam :(
Kadang-kadang memang memaafkan lebih baik dari berdendam.. Tapi,  kemaafan hanya sekadar di mulut, di dalam hati langsung tiada kemaafan. Kalau buat salah senang je nak minta maaf, kadang-kadang dia tak fikir apa yang telah lakukan buat orang merana.



Sering kali aku tertanya-tanya takkan nak maafkan begitu sahaja ? Hati telah disakiti. Penderitaan itu tak mungkin aku lupakan sampai akhir hayat aku. Perlu ke maafkan orang macam itu? 
hmmm?
Mengapa perempuan macam aku ini senang nak maafkan orang lelaki :
  • firstly, wanita mempunyai hati yg lembut. Mereka mudah rasa kasihan apabila lelaki memohon maaf kepada mereka. Mereka tak kisah sekiranya diri merana.
  • wanita mudah termakan pujukan lelaki... Mungkin lelaki mempunyai sifat pandai memujuk wanita, mulut manis... (kalah manis madu lagi taw ! )
  • tidak dapat melupakan kenangan bersama si dia... baik wanita menjauhi kenangan-kenangan manis bersama mereka ini akan mbuatkan diri merana...
  • wanita terlalu bgantung dengan lelaki, takut tiada pengganti...jangan risau maybe kita akan mendapat pengganti yang lebih baik daripada lelaki tersebut..buat apa meranakan diri disebabkan lelaki yang suka menipu, tak pernah jujur pada kita, hampeh!
  • perasaan yang berbelah bahagi sama ada memberi si dia peluang ke 2 ataupun tidak. berhasilkah hubungan tersebut sekiranya lelaki itu hanya berlakon mencintai kita jangan sesekali berfikir untuk memberinya peluang.


bukan tak nak maafkan, sedangkan Nabi maafkan umatnya apatah lagi kita, insan yang kerdil ini... Kadang-kadang apabila timbul perasaan benci dalam hati nak tengok muka dia pun tak boleh.

Aku akan cuba sedaya-upaya hilangkan perasaan MARAH, BENCI dan DENDAM yang tersimpan dalam hati~ (insyaALLAH)

4 comments:

Anonymous said...

kiter pun demam nie ha! :(

♥ CIK TIHA ♥ said...

@tieha : senasib la kita... huhuuu :(

Anonymous said...

huhuu!

kiter pun senang je maafkan org.. nape ntah! padahal hati perit je..
tapi mmg takkan pernah melupakan..

maybe it is easy for me to forgive, but to forget, well, its HARD!

♥ CIK TIHA ♥ said...

@tieha : yelah betol tue... kiter sokong ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...