August 23, 2011

cik tiah kena CHICKEN POX ?

Situasi semasa sahur : Umi, kenapa makin teruk nie ? dahla makin banyak bintik-bintik.. dahla demam tak sembuh-sembuh... sekejap ok pastue demam balik.
Adik aku mencelah, Kak rasa Kak Long kena bertih.. Bertih ? apakah tue ? bertih jagung kak long tahu lah..

lepas itu, aku masuk bilik terus buka lappy cari bertih tue apa.. rupa-rupanya bertih tue ialah Chicken Pox, Cacar Air atau jintungan.. ouhhhh, i see !

haaa, ini la maklumat yang aku jumpa.. Copy & paste je :)

Chicken pox disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 


Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).







haaa, macam kat atas tuela keadaan kulit aku..

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 

betul-betul, semua kat atas tue dah terjadi kat aku.. haiyaa ! T____T

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu.. haaa? 2 minggu? Raya tinggal satu minggu lagi.. Aku tak nak raya dalam keadaan muka yang bintik-bintik..

Doakan aku cepat sembuh ya ! Aku nak raya sakan tahun nie... huhuu :)

sapa-sapa tahu nak hilangkan chickenPox nie cepat ?
please help me! :(

2 comments:

Anonymous said...

la.demam campak ke..? ish! adeh! tak tahu lak ashane nk ilgkan.. hmm.. cube try incik google! :) get well soon my dear!

♥ CIK TIHA ♥ said...

tengs dear ! :)
harap tieha pon cepat ok dari selsema yek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...