December 21, 2012

20 December 2012

Ada apa dengan tarikh tu ?

Because today is last class for my degree study :)
Akhirnya habis jugak 3 tahun setengah belajar di UUM


Segala penat lelah selama ni, berjaya juga ku tempuh. " Tapi, FINAL EXAM belum selesai lagi ku tempuh "
Setelah beberapa tahun study di UUM ni banyak pengalaman yang aku dapat. Daripada ketaq lutut nak present kat depan, sekarang dah ada sedikit keberanian. Tapi, ashaner lah minggu lepas aku present ketaq pelik, adoyai. Sampaikan pensil pun boleh terpatah akibat tangan aku ketaq terlalu kuat? memang tak boleh dinafikan, aku ni memang dah ada penyakit " kenalinggg ", tapi kali ni terover plak. HAHAHA
Aku pasti ni kes aku kacau orang, tanya soalan pelik pelik, lepas tu bila part aku, aku pulak takley nak focus muahahaha *padan muka*

Kawan-kawan, thanks for everything. Selama ni korang selalu ada dalam susah dan senang. Bila dah nak habis ni, sedih plak nak kena berpisah dengan kengkawan. Terpaksa juga aku relakan perpisahan ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semoga kalian berjaya diluar sana.

Korang semua, wish luck for my final year exam. Doakan i dapat dean taw ! hewheww



Sambung update lain kali pulak, sebab esok aku kerja part time.
nak tidur dulu, nanti tak bangun pulak.
yeay, dah habis kebizian, bolehlah aku aktif semula berbelog. 
Nantikan kemunculan aku !
muahahaha ^___^




October 18, 2012

Finar Year Student = Final Project

Hi ! 
*sambil-sambil baca journal update blog kejappp*

Final year student = Final project. 
Scary kan bila cakap pasal FYP ni *sambil kesat-kesat peluh*. Mana tak nya bagi masa 3 bulan je ha untuk siapkan research aku ni ha. Dulu-dulu aku selalu baca status abam abam dan kakak kakak senior kat Facebook bila mereka meroyan stress pasal FYP ni. Sekarang turn aku pulak rasakan. Padan muka. Harap sesangat aku dapat handle kertas projek ni dengan baik, harap sangat dapat handle emosi aku ni jugak. Takmo emo tetiba okayyy ? hewhewww
Sabar je la, tak lama dah 3 bulan je lagi, even susah or sakit macam mana pun nak tak nak kena tempuh jugak kan? Nak genggam segulung ijazah tu, banyak sangat ups and down yang terpaksa kena hadapi.

Cakap pasal Final projek aku ni, memula aku macam takut gila nak ambil SV aku ni.  Puan nie, mengikut pengalaman budak kelas aku and senior, dia sangatlah garang, tegas dan suka bagi kerja banyak. Tapi pada pendapat aku, dia okayyy je la. Semester lepas aku ada ambil paper dengan dia, dia sangat sangat okayy. So lain orang, lain pandangan. Minggu pertama sepatutnya dah boleh pegi bincang ke apa, propose tajuk lain ke apa. Tapi aku tak pegi sebab still cuak tak boleh nak face lagi benda nie. Tajuk tu pon, aku cari tapi agak sedikit blurrr. Tapi, dah sebab semua budak kelas aku dah pegi jumpa supervisor masing masing, agak melampaulah kalau aku tak pegi-pegi lagi kan? At last, aku dengan sedikit keberanian yang ada, aku mesej  SV aku. Agak nebess jugak lah, takot menganggu dia kew hape. Dia balas mesej aku, fuhhh lega cheq.

Lepas tu aku dengan kawan aku a.k.a roomate aku pegi la jumpa dia *kitorang amek SV yang sama* dupdapdupdap jugak, kang tetiba dia tanya mana tajuk? haa, nak cekau kat mana tajuk. Tajuk aku jumpa pun entah apa apa, mengarut jew semua tu. Nasib baik dia yang bagi tajuk, tempat kajian pun buat dalam UUM je ni ha. Lebih senang nak buat kerja heheee

Sekarang ni aku dah dapat tajuk, so dalam progress untuk siapkan semua tu. Agak mencabar dan agak stress bila nak cari maklumat dan baca balik semua maklumat yang pelik wuwuuuu.  Wish me luck okay ?



*Dah dah dah, kena sambung baca journal balik*

Bye oulssss ! 
Nunite...... =)

September 18, 2012

My Last Semester

Assalamualaikum w.b.t

Hai ! Bila dah lama tak mengupdate belog, rasa macam tak reti plak nak update LOL
Welcome back to UUM, this is my last semester ! Rasa macam kejap je kan, tup tupp dah nak habis. Masih teringat lagi saat mula mula datang sini, 28/06/2009 tarikh daftar dulu. Dah lebih tiga tahun dah berada di UUM, tahun depan insyaAllah akan grad dan berhajat nak sambung master. Aminnn =)
Bila dah last semester ni kelas ni makin kurang, aktiviti pun makin kurang, berada di sini seminggu keboringan yang amat ohhh. Rasa jew nak balik rumah, siap kira cuti raya haji lagi kehkehkeh


haa, ni lew kalendar untuk semester ni. Banyak cuti kan ?
tak lama dah nak habis ni... Nanti ni mesti aku sangat rindu dekat UUM. Seriously sangat best dok kat sini, mula-mula jew susah sikit nak sesuaikan diri. Tengah dok pikiq nak sambung master kat UUM. Tapi kalo boleh nak lew pergi tengok U lain plak. heeee =P


August 7, 2012

Saya Rindu Ex-Roomate saya

Dah lama rasa nak buat entry pasal ex-roomate aku ni ha, tapi tak teringat plak. Bila ada message dengan dia kat facebook semalam, teringat plak nak buat entry untuk beliau.
Ex-roomate kesayangan aku ni nama dia Wahida, umur 2* #rahsia suka sangat panggil dia mokcik, dah ada ehem-ehem so tak boleh nak ushar ushar ok! (:
Semester lepas dia dah habis, aku sangat kesunyian. Dah tak ada tempat aku nak gosip, share cerita sama-sama, share movie, pergi shopping sama-sama, pergi tengok wayang sama-sama, pergi makan kepok lekor cheese kat Jitra, semua tu dah tak ada.. Seriously, dia lah roomate yang paham aku. Sekarang dah berbeza, tak ada orang nak teman aku pergi tengok wayang, nak ajak pergi jalan jalan, tak ada orang yang paham jiwa aku.

Dua tahun aku sebilik dengan dia, masa aku dipermainkan oleh lelaki tak guna tu dia yang ada di sisi aku, memberi aku semangat untuk pulih seperti biasa. Thanks a lot sayang. Jika awok tak ada mungkin saya tak kan setabah ini :)

gambar ihsan dari facebook :)


Bulan 10 nanti dia dah grad. Bestnya dia sekarang dah ada kerja, gaji pun mashyukkk so cepat cepatlah kahwin, tak sabar nak makan nasik minyak mokcik hewhewhew :p

P/s: nanti raya insyaAllah kita jumpa ye mokcik. Saya rindu kat awok ! Lama aihh tak jumpa =(

August 5, 2012

I'm proud with you Datuk Lee Chong Wei

Sebenarnya tiha baru lepas tengok Perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan ni ha. Perlawanan di antara mereka sangat sengit. Game yang pertama di menangi oleh Datuk Lee Chong Wei 21-15, tetapi game yang kedua Lin Dan bangkit untuk menentang Datuk Lee Chong Wei. Perlawanan tersebut membawa kepada game yang ketiga. Seriously, bila aku tengok perlawanan ni buat jantung aku nak jatuh. Kaki tangan aku semua sejuk, sampaikan ada yang dikejarkan ke hospital *penangan Datuk Lee Chong Wei*


Kita KALAH.
Tak ada rezeki, tak mengapa. Kami rakyat Malaysia semua nampak usaha yang ditunjukkan oleh Datuk. Saya sangat bangga dengan Datuk ! Tak dapat makan Baskin Robin free pun tak apa #sebab qlate tak dop Baskin Robin. Nak kata kecewa? hmmm. tak lah sangat anda telah membanggakan Malaysia. Walaupun ia silver bukannya emas, it's doesnt matter :)


Ye, memang teringin sangat nak dengar lagu Negaraku berkumandang di London. Sedih sekali bila terbaca kat twitter Datuk Lee Chong Wei cakap " I'm sorry "

Rasa nak nangis jew bila Datuk cakap macam tu..  Sebak hoi. To me, you the best ! no need to feel sorry. Datuk hero kami semua rakyat Malaysia.

#Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei 
sampai bila-bila pun saya tak kan lupakan match yang saya tengok tadi.

P/s: moh kita boikot beli barang China. Dah banyak dah emas, bagilah satu jew untuk Malaysia, ni pun tak boleh ! huh =.="

August 4, 2012

Tiha Sakit ?

Assalamualaikum wbt.


HAH? tiha sakit? betul ke?
Sakit sakit pun masih boleh update belog lagi kan? *sambil mata melirik tengok doktor handsome*
HAHAHA sebenarnya bukan tiha lah yang sakit, nenek tiha ni yang sakit ni ha *lebih dikenali dengan panggilan mek*
Tiha tolong jaga jew, dah bermalam-malam tidur kat sini. Sakit pinggang cheq kena tidur atas lantai. Semalam baru pergi buang batu dalam perut dia. Tak reti sangat nak cerita pasal benda benda ni, al maklumlah cita-cita nak jadi doktor tak kesampaian. Bukan tak nak jadi tapi bila tengok jew jarum or darah confirm pening nak pitam. Sebab tu tiha paling benci makan ubat or pergi hospital.
Tak tahu lagilah bila boleh keluar ni, kadang-kadang tak tertahan jugak dok lelama kat sini. Tapi yang paling syok dapat tengok doktor doktor handsome *sekadar cuci mata, manalah taw tersangkut pulakk KEHKEHKEH #gatai
ok lah, doakan mek tiha cepat sihat dan cepat cepat keluar dari hospital ni  taw! :))

P/s: Sebenarnya tengah update belakang langsir ni, takoooooot mici or doktor nampak :p

June 23, 2012

Sudah lama tinggalkan kamu

Hi !

Pejam celik pejam celik dah lama aku tak buat entry baru, last entry pun pada 20 May. Tetiba hari ni rasa macam nak buat entry baru.
Entry pasai apo ? Hmm. Entahlah NO IDEA. Tak tahulah apa benda aku nak merapu merapan kat sini.
Mood sekarang masih final exam, dah habis 5 paper dan ada 2 paper lagi. Dan paper aku adalah hari paling last sekali exam untuk semester ni. Kira-kira aku ni penutup DMAS lah. Wish me good luck ok ! :)
Dan semester depan adalah semester last bagi aku. #Hooreyhoorey tak sabar dah ni nak habis. Nak kerja nak kumpul duit banyak-banyak nak bagi umi & abah, lepas tu nak teeettttttttt..................... kawenlah :P
#Eh, tajuk kat atas lain tapi merapu benda lain. Tajuk kat atas bukan sudah lama tinggalkan ex-boypren ke sapa-sapa yang berkaitan tapi dah lama tinggalkan muchuk muchuk muchuk aku ni ha
Dan sekarang ni aku beralih arah ke twitter plak, rarely online facebook and update entry blog. Sebab aku suka tweet kat kat twitter ? sebabnya kawan-kawan kat twitter bukan dengan penuh kepuraan macam kat facebook. bermuka-muka je, kebanyakan mereka semua hipokrit #sigh =.=" kalau kawan-kawan rasa annoying gile dengan tuit aku, korang bolehlah unfollow aku. Aku paham ~



motif letak picture ni ?
tak ada apa-apa motif, mungkin dia comel kot hewhewhew

May 20, 2012

Ciri-ciri lelaki pilihan


Aku tak menginginkan seorang lelaki yang kacak,
cukuplah seorang lelaki yang boleh menjadi iman kepada aku dan anak-anakku..

Aku tak menginginkan seorang lelaki sempurna,
cukuplah seorang lelaki yang mengambil berat tentang diriku..

Aku tak menginginkan seorang lelaki yang kaya,
cukuplah seorang lelaki yang boleh memberi rezeki halal kepada aku dan anak-anakku..

Kita tak boleh nak mengubah seseorang, sekiranya dia tak nak ubah diri dia sendiri. Sedarlah ! Tak guna lagi kita menasihati mereka. Sekiranya mereka sayang dengan diri mereka, mereka akan cuba untuk berubah.. 

nukilan ringkas dari,
cik tiha

May 1, 2012

Seminar Strategik

hi ! hi ! Selamat Malam....

Meh-meh cheq nak cerita sikit mengenai Seminar Strategik yang telah berlangsung dua minggu lepas *dah basi dah Asal baru nak cerita ? sebabnya..........................................
Kawan aku pinjam camera aku nie haaa, gambar semua dalam camera tu. Ni baru dia pulangkan uuuuuuuuuuu~
Setelah lama planning program ni, akhirnya terlaksana jugak program kami ni haaaa, penat hoi tiap-tiap minggu meeting. Asal meeting jew gado, meeting jew gado.. sabo je la
Kami semua buat program ni kat DUSUN RESORT kat Kuala Nerang dekat jew haa..
Tujuan utama pergi sane sebab lecture kesayangan kami nak bawa kami keluar dari UUM, pergi dengar dia ceramah kat luar. Tapi, dengar jew ceramah aku kompem ZZZzzzZ saya tak suka ceramah!

Sebelum bertolakk......


Suasana dalam Dewan ceramah ;)

Zu Where sedih, Daus Doreamon terlebih gembira plak.. Macam-macam karenah, iskh iskh iskh gambar tak clear sebab camera murah sobsobsob


Budak-budak perempuan kelas BJTH3123 GROUP A & B

Inilah lecture kesayangan kami. Tak pernah penat untuk bercerita dalam kelas. Macam-macam cerita kami dengar taw ! (:

Selain pergi ceramah, lecture bagi kami semua tugas iaitu BERLAKON.... Berlakon? Pandai kew aku ? hewhewhew bolehlah setakat nak buat sketsa tu hancur
Macam-macam emosi, komedi yang kami tengok dalam lakonan tu. Ada yang serius, ada yang menangis, ada yang kelakar macam-macam gelagat boleh kita tengok.. Ada tu, aku asyik cakap " bilalah nak habis " bila lakonan terlalu membosankan sampaikan aku menguap tak henti-henti.. *sigh

INI drama anak derhaka, cerita penuh emosi taw. Sampaikan lecture pongg nanges tengok sketsa ni. touching gituuuuuuuu T___T
Sketsa ni menang pada hari tu, haa tu la pelakon wanita & lelaki terbaikk...

Mane aku punyer sketsa? ada. Tapi besar sangat video dia.. susah nak upload.. tak lehlah nak tunjuk kat orang lakonan selamba aku tu.. hakhakhak :P

Bagi aku, seminar ni best. Sebab ?? Sebab Group A & B boleh berkenalan di antara satu sama lain. Daripada tak bercakap, boleh menjadi rapat. Boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami semua chewwah ayat skema :P Papepongg thanks En. Azhar ! Semoga Encik bagi kami semua A+ dalam subjek ni.... heeee ^_^


April 27, 2012

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWERS " BLOGGER DAN TWITTER "

hi ! Selamat Malam

Malam ni ada orang tag aku join SEGMEN  JOM TAMBAH FOLLOWERS " BLOGGER DAN TWITTER " thanks banyak-banyak kat Che A muchas gracias ye adik ! *mentang-mentang belajar spanish cakap spanish la plopp :p
Bila dengar segmen-segmen tentang tambah follower ni, aku semua nak join.. Al-maklumlah follower aku ciput je... biasalah tak sefamous macam orang lain uuuuuuuuu~

nak join? jom reramai CLICK LINK kat bawah banner ni haaaaa


mohla sama-sama kita memeriahkan segmen ni............ :)

tag : eEhan | Lulu | cikKiwi

psttttttttt........jemputlah follow twitter & blog aku ni yeeee..... :P

Makin hampir

Hi !

**tak lain tak bukan kejap lagi mesti cakap " dah lama aku tak update blog " hewwhewhew memey ponggg :P kalau aku jadi belog aku ni, dah lama aku merajukk ni haaa.... bukan ape, agak kebizian *tak ada alasan lain well, nak buat macam mana.. dah nak semester akhir, banyak projek sikit..
cakap pasal semester akhir, semester depan aku semester last kat UUM ok ! #padahal orang lain semester ni dah last nak buat macam mana, course aku 4 tahun beza satu sem jak dengan course 3 tahun ok. nanti grad insyaAllah grad sama-sama dengan budak-budak course 3 tahun :)


sedang aku tengah mengSTALKER facebook orang, aku jumpa benda ni haaa...........



seronok wey tengok benda ni, Taklimat Pra-Pendaftaran Praktikum Sesi A121 (Feb 2013) rasa nak lompat guling-guling je tengok benda ni... Baru perasan nak habis dah aku ni haaaa tak sabar lepas tu nak fikir nak cari tempat praktikal, dah banyak dah list aku ni, tunggu nak hantar resume je ni.... tak sabar nak rasa macam mana kehidupan di tempat kerja.. mesti seronok kan? macam-macam kerenah orang kita boleh tengok nanti..
semoga semuanya berjalan dengan lancar dan doakan aku dapat result yang cemerlang untuk semester ni yee ! Amin :)


pssttt: aku rindu ex-roomate aku *tetiba je

February 28, 2012

Hari pertama dalam kelas Spanish

Assalamualaikum.
Dah lama jari jemari aku tidak menaip kat blog ini ye. Sebabnya:

  1. line macam siput sedut, internet macam haram! banyak benda nak cerita tapi hanya mampu masuk kat draf je. 
  2. tak ada masa nak update sebab terlalu busy dengan kelas. semester ini amik tujuh subjek killer-killer ohhh..
Actually, semester ini aku amik keputusan nak belajar bahasa spanish. Lecture selalu tanya sebab apa amik bahasa sepanyol, minat? sebab terpaksa kena amik?sebab semua kelas dah full dan terpaksa amik bahasa nie. hahaha, sebenarnya aku teringin nak cuba belajar bahasa asing, kawan-kawan cakap bahasa spanish tak susah dan senang nak score A dan tulisan dia tak pelik-pelik macam korea, jepun, cina.........Memang dulu aku minat tengok drama mexico tak ingat tajuk apa yang pukul 3.30 petang kat TV3 tue haaa. best kot, hehehe..

Honestly, kelas spanish hari ini sangat best! dua jam tanpa henti belajar hari nie, budak-budak dalam kelas pong bukan main semangat lagi. tapi kadang-kadang sampai terbelit-belit lidah aku nak menyebutnya. A hingga Z sama je dengan alphabet melayu cuma sebutannya lain sikit.

haaa, tiba-tiba nak ajar orang lain belajar apa yang aku belajar dalam kelas tadi.


-Como te llamas?  
 me llamo Nur Fhatihah binti Zakria
-De donde eres? 
 soy de Kelantan
-Cuantos anos tienes? 
 tengo 23 axos
 -Como estos? (apa khabar?)
  estoy bien (i'm fine)


Buenos dias - good morning
Buenos tardes - good evening
Buenos noches - good night
Adios/chao - bye-bye
gracias - thank you
muchas gracias - thank you so much
hasta luego - see you again/soon
hasta manana - see you tomorrow
estudiante - student
Lo siento - i'm sorry
de nada - welcome
te quiero/te amor - i love you
te odio - i hate you
estupido/imbecil - stupid


lagi?
banyak gile oi belajar hari nie, nanti buat entry lain plak. boleh buat kelas behasa Spanish tak lama lagi nie :P


Exercise: buat perkataan 1 hingga 100. haihh, banyaklah plak lecture bagi kerja sekolah nie :P

February 6, 2012


Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta...benihkanlah cintaku kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta...jagalah cintaku kepadanya agar tidak
melebihi cintaku kepada-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati...izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut kepada-Mu agar aku tidak terjatuh dalam
jurang cinta semu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati... jagalah hatiku kepadanya agar tidak
berpaling selain kepada hati-Mu

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu...jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu... janganlah kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga
malam terakhir-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati kepada kekasih-Mu... jangan biarkan 
aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepada-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Halalkan aku merindui kekasih-Mu... jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga melupakan aku kepada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

sumber : Dara Edisi 116 Feb. '12

February 1, 2012

Wordless Wednesday #6



ehh, sape budak dua orang nie?
siap pakai seluar doreamon lagi... :D




January 30, 2012

Di Kala Bosan

Assalamualaikum..


Maaf blog, aku terlupa bahawa aku ada kamu. Sorry ye sebab dah lama tak update, sangat-sangat kebizian **padahal buat-buat busyyyy..
Sekarang? cuti semester. Seriously agak kebosanan lah, sampaikan habis movie dalam lappy aku dah habis tengok.. HAHAHA

sebab terlampau bosan, aku buka laa gambar-gambar masa pergi bercuti dengan keluarga hari tue. banyak gambar cantik, tapi tak sempat nk upload dekat facebook sebab line Serindit UUM slow macam siput. grrrrrrrr =.=" ( gatal nak upload sebab nak eksennn aku dapat pergi holiday, kau ade? haha)
upload dekat blog takpe kan? masih belum terlambat lagi kan? hew hew hew. tapi, aku tak ada lah letak picture aku, picture permandangan je..

korang ada tengok WISHLIST aku tak? dah lama mengidam nak ada DSLR tapi tak mampu nak beli. hanya view dari camera digital biasa je la. Bilalah dapat pakai DSLR nie. T________T

jom tengok gambar yang aku sempat ambil, mana lah tahu korang nak pergi jugakk nanti.. memang cantik! berbaloi aku ponteng kelas. ngeh! :P










































p/s : bagi aku semua tempat nie cantik ok ! bila pergi ke COLMAR rasa macam dok kat oversea plak. ngeh 

Bandaraya Bersejarah Melaka | colmar tropicale berjaya hills

January 7, 2012

Tempat Kelima

Assalamualaikum..


Walaupun dalam tengah mood exam, aku update jugak blog aku malam nie untuk mengucapkan terima kasih dekat adik comel kita nie.. ADIK NADIA
hehehe, dapat nombor lima.. ok lah tue kan dari tak dapat ape-ape... ^__^
haaa, nak bukti ?

hadiah lak ? 
aiyokk, dapat short skirt... Alamak!! malulah nak pakai **blushing-blushing
tapi, selepas tengok model gayakan short skirt ni, aku rasa boleh cuba pakai...


haha, agak-agak macam mana lah aku nak pakai.. :P
thank you JCS sebab sudi sponsor GA Nadia nie..
kalau korang nak beli boleh pergi ke blog JCS kat sane banyak stuff yang comel-comel dan murah-murah belaka.. :)

p/s : tak dapat nak taip lagi.. masa amat suntuk, kena study lagi. kbai
thank you adik Nadia!

January 1, 2012

bye-bye 2011

Assalamualaikum,

Entry pertama dalam tahun 2012, walaupun sangat sibuk menelaah pelajaran, aku curik sedikit untuk mengudpate belog yang lama ditinggalkan oleh tuannya ini :)

2011,
Selamat tinggal 2011,
tahun derita dan sengsara bagi aku, boleh di katakan satu tahun yang buat aku kehabisan air mata,
tahun yang penuh dengan kekecewaan, kesedihan, di tipu dan di khianati oleh seorang lelaki yang amat aku sayang.. Sehingga detik sekarang aku tak dapat memaafkannya, walaupun aku dah bagi tahu dia bahawa aku sudah memaafkan dia tapi itu semua hanya di bibir, tetapi tidak di dalam hati.. Maaf, aku tak dapat senang-senang untuk memaafkan perbuatan kau terhadap aku. 
Kadang-kadang aku selalu tertanya-tanya mengapa ALLAH SWT temukan aku dengan orang yang salah, 

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
 semua yang berlaku ini menjadikan seorang lagi yang tabah dan tidak mudah percayakan orang.. Alhamdulillah, aku rasa aku lebih tenang sekarang...

aku suka sangat ayat yang aku tempek kat tepi side bar aku nie :
"kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sendiri"

kalau boleh aku nak buang semua kenangan-kenangan itu,
kalaulah boleh aku nak sangat buang dalam laut, or
tanam dalam tanah biar ia lupus begitu sahaja, or
kalaulah boleh nak je aku hilang ingatan tentang kenangan-kenangan pahit itu.
** mereng

apa-apa pun biarlah kenangan 2011 hanya menjadi kenangan pahit bagi aku,
bye-bye 2011 !

2012,
semoga kenangan-kenangan manis tercipta :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...