August 25, 2016

Kenapa aku belum dapat move on?

Selamat malam,

Bila aku betol-betol merindui seseorang yang tak pernah hilang dalam hati aku mula lah aku nak menaip. Yes, aku sangat merindui dia. Kadang-kadang aku terfikir, dia langsung tak ingat aku ke? Sikit pun tak ada ke? Orang cakap bila kita rindukan seseorang, letak tangan kanan kat dada dan baca Al-fatihah. Ini je yang dapat hilangkan sedikit perasaan rindu aku.

Kenapa sekarang aku belum dapat move on? Entah lah, maybe aku sayang sangat kat dia kot. Orang cakap macam macam kat dia but aku still percaya kat dia. Orang cakap jangan mengharap sangat, nanti aku yang kecewa. Ya betol. Aku setuju cuma mungkin aku perlukan masa. Aku patut bagi dia ruang untuk berfikir. Aku harap sangat nanti dia dapat fikir yang terbaik. Apa pun keputusan dia aku kena redha. Kalau ada jodoh insyaAllah ada. Aku percaya benda itu je. Allah akan tunjuk yang terbaik untuk aku.

Aku delete nombor dia pun tak ada guna, aku still ingat dalam kepala aku. Aku selalu fikirkan dia, hari ni dia makan apa, buat apa, message sapa, ok ke tak, cukup makan ke tak. Aku teringin sangat nak jumpa dia. Tapi bila dia cakap kalau nak jumpa pun hanya sebagai seorang kawan, aku sedih sangat. Tak ada harapan langsung ke kita? Kenapa tak nak bagi aku peluang? Tak cukup ke kasih sayang aku bagi, aku ni degil sangat ke, aku ni manja sangat ke, aku ni tak cantik sangat ke. Bila aku tanya soalan tu kat kawan aku, dia cakap kau perfect. Jangan salahkan diri, dia yang rugi sebab tak hargai aku.

Erm macam tu ke erk. Sepatutnya aku tak patut pun nak cerita cinta aku yang tak kesampaian tu kat dalam ni. Macam budak-budak sangat kan. Umur dah tua tapi perangai macam budak budak. Aku suka sangat baca buku Faiz Ibrahim, dia cakap bukan dunia kau dah berakhir bila kau tak jadi dengan orang tu, cuma kisah kau dengan dia dah berakhir. Itu sahaja. Kau kena lah move on, jangan asyik nak meroyan, nak meratapi orang yang tak nak kat kau. Betol cakap dia. Aku cuma perlukan masa, biar masa yang menentukan segala-galanya.

InsyaAllah aku boleh. Aku kan kuat orang cakap 💪🏽
Bila aku luahkan kat sini aku rasa lega sangat, macam aku dah cakap kat dia aku rindu dia even dia tak tahu pun 😬

Aku harap sangat selepas ini aku dapat tidur lena. Tak meracau-racau dah. Penat taw huhuhu 😢

Kbye! Good night.

August 22, 2016

Patah Hati


Patah hati atau dalam bahasa englishnya "heartbroken"


Patah hati ni sakit ke tak sebenarnya ya?
Gila tak sakit, ada yang sampai nak bunuh diri, meroyan, stress hampir gila and etc.

Yes, sekarang memang aku tengah patah hati. Why?
Sebabnya aku tak pernah dihargai. Kenapa aku cerita kat sini? nak orang semua tahu ke? Nope.
Bila aku tulis macam meluah perasaan, apa yang aku rasa, sampai aku hampir meroyan hari-hari sampai sekarang.

Sakit? Hanya Allah yang tahu. Orang hanya tahu cakap sabar dan redha. Sabar? Anda tahu apa itu kesabaran? Redha ? Nak redha bukan benda yang mudah, cakap keluar mulut boleh lah. Ya, aku redha. Macam tu, easy kan? Hmm, selama ini aku cuba buat yang terbaik dalam sesuatu relationship. Tapi aku dibuang macam sampah, tak ada kepentingan langsung. Sebab? Tawar hati. Atau hati dah berpaling kepada yang lain. Ke itu sebenar sebabnya. Family aku rasa dianiayai oleh dia. Kami bagi kasih sayang secukupnya tapi kau tak hargai langung!
Kenapa nak malukan family kami. Kenapa langsung tak nak bagi peluang kat aku. Aku pun ada perasaan. Aku sayang kau sepenuh hati, tak cukup ke kasih sayang yang aku bagi. Teruk sangat ke aku?

Kadang-kadang aku dah penat menangis. Aku nak benci kau, tapi aku tak boleh nak lakukan. Aku cuba tapi aku masih ingatkan kau. Pedih kau tahu. Sakit kau tahu. Aku merana kat sini tapi kau seronok di sana, sangat tak adil kan? Kau senang je cakap lupakan kau, kau tahu hati aku hanya untuk kau. Kau cakap mudah. Pernah tak kau fikir pasal aku? Kau cakap kalau ada jodoh ada, kalau tak ada move on. Sakit kau tahu tak, sakit sangat!

Bila aku teringat tarikh makin hampir, lagi lah aku sakit. Sepatutnya next week fitting baju, semua dah settle. Tapi kau musnahkan hari yang paling bahagia bagi aku. Aku tak pernah minta wang ringgit, cukuplah dapat bersama susah dan senang. Itu sahaja.

Takpelah, its okay.
Aku pasrah.
Aku tak dapat nak buat apa-apa.
Hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan untuk menjalani hari-hari mendatang.
Tak senang, dan sangat sukar.

Nukilan ikhlas dariku,
Fhatihah

www.youtube.com/watch?v=9B7UcTBJYCA

March 8, 2015

Special Day

Hai,

Hari ni hari yang sangat special buat aku. Sebab? Secret.

Orang perempuan ni bila kesayangan tak ingat hari special diorang eg. hari lahir or anniversary mula lah muncung panjang sedepa.
Terus mogok tak nak cakap macam aku hahaha *sengal*
Nasiblah Nazz nak layan perangai aku yang belum agak nak matang sangat walaupun umur dah tua kehkehkeh sabar je lah.

Ini serius weh, dah tahu hari special bagi uolss cuba lah buat something yang romantik sikit. Kalau tak berapa nak romantik, spend masa dengan pasangan korang pun takpe dah. At least, pasangan korang akan rasa dihargai. Pasangan korang tu bukan nak pun dapat hadiah mahal mahal, makan mewah tapi just you and her borak borak, cerita kenangan yang buat korang gelak tapi kalau dapat hadiah tu dikira bonus lah hehehe.

Memahami antara satu sama lain sangat perlu sebab komunikasi dalam perhubungan sangat penting *ececeh sejak bila aku jadi Dr Cinta ni*
Sebagai contoh, aku memang tak banyak cakap, bila Nazz tanya Ok ke? Ok je memanjang. Kadang-kadang benda yang tak terluah tu, di pendam je. Last last jadi punca gaduh. Nasib baiklah, Nazz ni jenis bukan suka marah orang. Aku tak pasti macam mana muka Nazz bila marah, maybe tukar jadi hulk hahaha.
So, conclusion nya. Bila jealous ke, tak puas hati ke, cakap je, luahkan. Biar pasangan korang tahu apa yang terbuku di hati korang, takmo lah nanti dia blurr. "Minah ni dah kenapa? Peod ke?"

As a conclusion, aku happy hari ni. Nak cakap tu je ngeeee

P/s: Penulisan yang semakin teruk, bila dah lama tak menulis *sigh*

March 7, 2015

Best Ke Tidak? Kingsman The Secret Service: Movie Review



Happy Sabtuday !

Korang dah tengok movie ni belum? Mesti sudah kan? Aku je lambat sikit sebab takde masa *alasan yang tak berapa nak boleh pakai* 



So? Best ke tidak? Mao kasi berapa bintang ya?




Walaupun sejuk macam kat Kota Kinabalu, dengan sweater nya tak bawak.
Ape ada hal * Si Nazz yang cakap * tetap fokus tengok movie ni tanpa banyak cakap.
Kemain eksen, last last sape yang menggigil? Cer cakap? hahahaha

Sape yang belum tengok tu cepat cepat pergi tengok sebelum habis kat pawagam sebab:
Movie ni memang BEST gile!
Sepanjang 2 jam, aku langsung tak menguap.
So, it means movie ni tak bosan! hahahaha biasanya kalau movie dua jam cerita pasal detective lagi lah. Sejam awal OK lagi, lepas klimaks mula lah cakap dalam hati bila lah nak habis.
Memang berbaloi tengok even lambat.

Anda yang mampu menilainya, best ke tidak.

Scene paling best for me:
Masa semua kepala meletup and then dengan background music yang sesuai. Sangat kreatif lah! memang teroooor lah orang yang buat effect cenggitu.

Scene sedih for me:
Part Eggsy disuruh tembak J.B. (anjing Eggsy) Aku tengok si JB tu macam nak menangis kot. Kesian weh! Aku sure memang si Eggsy tak kan tembak punye lah.
Satu lagi, masa Harry kena tembak dengan si Valentine tu. Satu part yang tak best sebab Harry mati. Oh Nooooo!

Scene paling aku tak suka:
Part si Harry dengan orang dalam gereja mengamuk lepas sim card yang Valentine bagi di aktifkan. Pergggghhh, horror gile kot! tapi effect dia memang terbaik. Sampaikan aku cakap, Wah! ganasnya dia punye fight.

Last masa balik, Nazz siap cakap lagi kalau dia pakai suit macam Eggsy menyamar jadi Arthur pergi kerja macam mana ek? Mesti handsome gile. hahahaha aku cakap tu buang tabiat. Tak payah nak handsome sangat pergi kerja, nanti ramai ngorat kang sape susah? Aku lah jugak yang susah.

Apa apa pun, aku kasi 4.9 bintang dari 5 bintang! Kang bagi banyak bintang, tak boleh jugak. hehehehe

Kat bawah ni aku sediakan trailer pinjam kat youtube.




Selamat menonton =)

March 2, 2015

Entry merapu tanpa gambar

Selamat Malam,

Tak makan boleh kurus ke? Erm, boleh tapi ada lah negative impact tu nanti. Sebab termasuk hari ni tiga hari aku tak makan.

Gila kau!
Nak kurus punya pasal tapi cara tak betol hahaha.
Ye lah, semenjak dok Shah Alam ni berat aku naik mendadak. 13 Kg kot, sapa tak bengang. And the second reason sebab orang yang selalu teman aku sana sini takde. Tak lalu makan terus *mengada*

Tapi aku surrender hari ni tak mampu tahan dah. Aku dah rasa macam nampak bintang bintang hahaha. Padan muka! ��
Habis kelas tadi, si wani ajak makan. So, pe lagi naknaknak la dengan pantas ku menjawab.

Sebabnya aku tak suka makan sorang sorang. Aku lebih rela tak makan dari makan sorang sorang. SEBAB? Berdua tu kan lebih baik. Eh
Sebab lagi, nampak lonely je makan sorang ni. Takde kawan. Tapi memang pun takde kawan. Reality, not fantasy.

Hahaha dahla merapu tiha. Sebab aku merapu? Sebab aku tengah bengang. Air takde. Aku nak mandi, belengas. Dari pagi kot tak mandi. And hari ni catat rekod dalam hidup tiha, pergi kelas tak mandi. Ko hado?

Esok kalau pagi-pagi takde air lagi aku tak tahulah macam mana. Pergi kelas tak mandi lagi? Oh no no no. Tak mungkin sayang. Ponteng? Mana boleh! Dah last semester kot. Mana lah tahu lecture hensem ke. Eh, ngada lebih.

Okeylah, bubye lah luahan hati perasaan aku.

March 1, 2015

Is It Ok To Let Your BF Talks About His Ex?

Hello, Good Night,


Korang suka tak bila BF korang dok citer pasal his past loves? OF COURSE lah tak suka kan?


Tapi korang tetap dengar sebab nak tahu past lovers tu dia macam mana. Cantik ke dia, ke cantik aku lagi? hahahaha
Mula-mula rasa macam Ok tapi bila lama-lama sakit hati lah jugak kan? kan? kan? Lepas tiba-tiba tak nak cakap, diam seribu bahasa, mula lah nak gaduh sebab cemburu *sebab aku biasa buat*

Gila kau tak cemburu!
Macam dia tak boleh lupa lagi kenangan manis dengan Ex dia tu. Lepas tu mula lah nak jadi SPY tak berbayar. Seriously, orang perempuan ni memang win bila tengah menyiasat. Dia tak kan stop selagi tak puas hati. Segala facebook, twitter, instagram, segala sosial network lah dia akan cari. Amek kau! hahahaha

Yang tambah angin lagi, bila baca post lama yang pakwe kita post tentang ex-partners dia, bila nampak dia tulis "I Love You,  Rindu lah, Sayang Menyayang lah", geram kan? haaa, masalahnya tu korang yang sendiri cari pasal. Dok ngada-ngada pergi tengok post lama-lama tu pasal? Sambil tengok, gelak gelak sebab kelako baca post lama pakwe yang macam budak-budak sambil nangis. Haaa, betol lah kan? kan?

Si pakwe pulak, dah taw dah break dengan ex-lama tu, tak reti-reti nak padam post yang anda rasa menyakitkan hati gf anda? Korang ingat gf korang tu tak kan amek inisiatif nak siasat anda. Anda silap mengenai hal itu. Cepat bertindak sebelum tsunami bakal melanda.

Kalau cerita boleh, at least gf korang tahu choice anda dulu tu macam mana. Tapi mestilah cerita benda tu yang pertama dan terakhir kepada gf anda. Memang anda akan tengok dia ok tapi sebenarnya perempuan mana akan ok bila anda bercerita mengenai perempuan yang hadir sebelum dia dalam hidup korang.

For me lah, kita tenagok dari sudut positif. Semua orang ada kenangan atau sejarah masing-masing. Itu semua kisah berapa tahun yang lepas sebelum pakwe korang jumpa anda. Yang penting sekarang, dia ada dengan anda, teman anda sana sini, tak kira susah dan senang. TRUST paling penting dalam perhubungan. Si pakwe pulak janganlah pula ambil kesempatan atas kepercayaan gf korang bagi tu. Kesian diorang, perasaan diorang pun korang kena jaga. Sebab tak semua orang perfert, dan tak ada orang perfect dalam dunia ni.


Sekian.

May 15, 2013

Dah nak masuk 4 bulan

Assalamualaikum.

Tinggal dua bulan lebih lagi internship aku di Parkson Kota Bharu. Tak lama lagi dah nak habis dah, sekarang aku rasa macam best pulak praktikal kat sana. Pada mulanya, serious aku rasa macam nak jerit guling-guling sebab praktikal kat sana bosan, kena layan pelanggan datang lagi. Aku ni bab nak serve customer memang fail lah, yang tu tak payah nak cakaplah. Nak ikut customer kat belakang lagi, perghhhh mayuuuu sangat kot. Ingat lagi kawan yang sama praktikal aku cakap "Kalau praktikal jadi macam promoter takyah masuk U pun takpe". Aku malas nak cakap banyak, diam je lah, budak baik katakannnn :P

Ya, sekarang rasa sayang pulang dengan orang-orang kat sana #EH maksud aku, orang kat sana semua baik baik *kalau bebudak ni baca confirm ada yang fikir lain ni* Semua promoter, supervisor, exec, ass store manager bahkan store manager sendiri layan kami semua dengan sangat baik. Awal bulan 5 yang lepas dua orang geng praktikal dari politeknik habis. Sayu dan sedih sangat berpisak dengan Adik Bulat aka farah dengan Encik Nasir aka Farhan. Hey diorang ada nama gelaran masing-masing taw ^__^ Walaupun 3 bulan lebih jer sempat kenal diorang, kami semua rapat sangat ;)

 Taraa...........
 ni lah geng geng praktikal kitorang, ramai sangat kann? hewhewhew. Eh eh, yang comel lagi cun tengah dua orang tu exec kami taw.

Hari-hari tanpa gurauan bebudak ni rasa sunyi pulak, kalau salah sorang takde memang tak syok ar. Rasa macam tak lengkap jew haaa
26 hb 5 ni adik minmin aka amin dengan ita nak pergi tinggalkan kami pulak. Halaaa, diorang praktikal 4 bulan jew. Kami jew lama kemainn oh (6 bulan)


ni masa Asst Store Manager kami belanja makan untuk perpisahan adik bulat dengan Encik Nasir. Thanks Kak Tie belanja kitorang makan pizza. Nanti belanja lagi ehh :P


psstttt..... dua dua gambar kat atas takde gambar epul. So sorry, nanti next update aku tak lupa masukkan gambar mu PUL. peace! ^__^ *jurukamera kami si epul ar*

December 21, 2012

20 December 2012

Ada apa dengan tarikh tu ?

Because today is last class for my degree study :)
Akhirnya habis jugak 3 tahun setengah belajar di UUM


Segala penat lelah selama ni, berjaya juga ku tempuh. " Tapi, FINAL EXAM belum selesai lagi ku tempuh "
Setelah beberapa tahun study di UUM ni banyak pengalaman yang aku dapat. Daripada ketaq lutut nak present kat depan, sekarang dah ada sedikit keberanian. Tapi, ashaner lah minggu lepas aku present ketaq pelik, adoyai. Sampaikan pensil pun boleh terpatah akibat tangan aku ketaq terlalu kuat? memang tak boleh dinafikan, aku ni memang dah ada penyakit " kenalinggg ", tapi kali ni terover plak. HAHAHA
Aku pasti ni kes aku kacau orang, tanya soalan pelik pelik, lepas tu bila part aku, aku pulak takley nak focus muahahaha *padan muka*

Kawan-kawan, thanks for everything. Selama ni korang selalu ada dalam susah dan senang. Bila dah nak habis ni, sedih plak nak kena berpisah dengan kengkawan. Terpaksa juga aku relakan perpisahan ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semoga kalian berjaya diluar sana.

Korang semua, wish luck for my final year exam. Doakan i dapat dean taw ! hewheww



Sambung update lain kali pulak, sebab esok aku kerja part time.
nak tidur dulu, nanti tak bangun pulak.
yeay, dah habis kebizian, bolehlah aku aktif semula berbelog. 
Nantikan kemunculan aku !
muahahaha ^___^




October 18, 2012

Finar Year Student = Final Project

Hi ! 
*sambil-sambil baca journal update blog kejappp*

Final year student = Final project. 
Scary kan bila cakap pasal FYP ni *sambil kesat-kesat peluh*. Mana tak nya bagi masa 3 bulan je ha untuk siapkan research aku ni ha. Dulu-dulu aku selalu baca status abam abam dan kakak kakak senior kat Facebook bila mereka meroyan stress pasal FYP ni. Sekarang turn aku pulak rasakan. Padan muka. Harap sesangat aku dapat handle kertas projek ni dengan baik, harap sangat dapat handle emosi aku ni jugak. Takmo emo tetiba okayyy ? hewhewww
Sabar je la, tak lama dah 3 bulan je lagi, even susah or sakit macam mana pun nak tak nak kena tempuh jugak kan? Nak genggam segulung ijazah tu, banyak sangat ups and down yang terpaksa kena hadapi.

Cakap pasal Final projek aku ni, memula aku macam takut gila nak ambil SV aku ni.  Puan nie, mengikut pengalaman budak kelas aku and senior, dia sangatlah garang, tegas dan suka bagi kerja banyak. Tapi pada pendapat aku, dia okayyy je la. Semester lepas aku ada ambil paper dengan dia, dia sangat sangat okayy. So lain orang, lain pandangan. Minggu pertama sepatutnya dah boleh pegi bincang ke apa, propose tajuk lain ke apa. Tapi aku tak pegi sebab still cuak tak boleh nak face lagi benda nie. Tajuk tu pon, aku cari tapi agak sedikit blurrr. Tapi, dah sebab semua budak kelas aku dah pegi jumpa supervisor masing masing, agak melampaulah kalau aku tak pegi-pegi lagi kan? At last, aku dengan sedikit keberanian yang ada, aku mesej  SV aku. Agak nebess jugak lah, takot menganggu dia kew hape. Dia balas mesej aku, fuhhh lega cheq.

Lepas tu aku dengan kawan aku a.k.a roomate aku pegi la jumpa dia *kitorang amek SV yang sama* dupdapdupdap jugak, kang tetiba dia tanya mana tajuk? haa, nak cekau kat mana tajuk. Tajuk aku jumpa pun entah apa apa, mengarut jew semua tu. Nasib baik dia yang bagi tajuk, tempat kajian pun buat dalam UUM je ni ha. Lebih senang nak buat kerja heheee

Sekarang ni aku dah dapat tajuk, so dalam progress untuk siapkan semua tu. Agak mencabar dan agak stress bila nak cari maklumat dan baca balik semua maklumat yang pelik wuwuuuu.  Wish me luck okay ?



*Dah dah dah, kena sambung baca journal balik*

Bye oulssss ! 
Nunite...... =)

September 18, 2012

My Last Semester

Assalamualaikum w.b.t

Hai ! Bila dah lama tak mengupdate belog, rasa macam tak reti plak nak update LOL
Welcome back to UUM, this is my last semester ! Rasa macam kejap je kan, tup tupp dah nak habis. Masih teringat lagi saat mula mula datang sini, 28/06/2009 tarikh daftar dulu. Dah lebih tiga tahun dah berada di UUM, tahun depan insyaAllah akan grad dan berhajat nak sambung master. Aminnn =)
Bila dah last semester ni kelas ni makin kurang, aktiviti pun makin kurang, berada di sini seminggu keboringan yang amat ohhh. Rasa jew nak balik rumah, siap kira cuti raya haji lagi kehkehkeh


haa, ni lew kalendar untuk semester ni. Banyak cuti kan ?
tak lama dah nak habis ni... Nanti ni mesti aku sangat rindu dekat UUM. Seriously sangat best dok kat sini, mula-mula jew susah sikit nak sesuaikan diri. Tengah dok pikiq nak sambung master kat UUM. Tapi kalo boleh nak lew pergi tengok U lain plak. heeee =P


August 7, 2012

Saya Rindu Ex-Roomate saya

Dah lama rasa nak buat entry pasal ex-roomate aku ni ha, tapi tak teringat plak. Bila ada message dengan dia kat facebook semalam, teringat plak nak buat entry untuk beliau.
Ex-roomate kesayangan aku ni nama dia Wahida, umur 2* #rahsia suka sangat panggil dia mokcik, dah ada ehem-ehem so tak boleh nak ushar ushar ok! (:
Semester lepas dia dah habis, aku sangat kesunyian. Dah tak ada tempat aku nak gosip, share cerita sama-sama, share movie, pergi shopping sama-sama, pergi tengok wayang sama-sama, pergi makan kepok lekor cheese kat Jitra, semua tu dah tak ada.. Seriously, dia lah roomate yang paham aku. Sekarang dah berbeza, tak ada orang nak teman aku pergi tengok wayang, nak ajak pergi jalan jalan, tak ada orang yang paham jiwa aku.

Dua tahun aku sebilik dengan dia, masa aku dipermainkan oleh lelaki tak guna tu dia yang ada di sisi aku, memberi aku semangat untuk pulih seperti biasa. Thanks a lot sayang. Jika awok tak ada mungkin saya tak kan setabah ini :)

gambar ihsan dari facebook :)


Bulan 10 nanti dia dah grad. Bestnya dia sekarang dah ada kerja, gaji pun mashyukkk so cepat cepatlah kahwin, tak sabar nak makan nasik minyak mokcik hewhewhew :p

P/s: nanti raya insyaAllah kita jumpa ye mokcik. Saya rindu kat awok ! Lama aihh tak jumpa =(

August 5, 2012

I'm proud with you Datuk Lee Chong Wei

Sebenarnya tiha baru lepas tengok Perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan ni ha. Perlawanan di antara mereka sangat sengit. Game yang pertama di menangi oleh Datuk Lee Chong Wei 21-15, tetapi game yang kedua Lin Dan bangkit untuk menentang Datuk Lee Chong Wei. Perlawanan tersebut membawa kepada game yang ketiga. Seriously, bila aku tengok perlawanan ni buat jantung aku nak jatuh. Kaki tangan aku semua sejuk, sampaikan ada yang dikejarkan ke hospital *penangan Datuk Lee Chong Wei*


Kita KALAH.
Tak ada rezeki, tak mengapa. Kami rakyat Malaysia semua nampak usaha yang ditunjukkan oleh Datuk. Saya sangat bangga dengan Datuk ! Tak dapat makan Baskin Robin free pun tak apa #sebab qlate tak dop Baskin Robin. Nak kata kecewa? hmmm. tak lah sangat anda telah membanggakan Malaysia. Walaupun ia silver bukannya emas, it's doesnt matter :)


Ye, memang teringin sangat nak dengar lagu Negaraku berkumandang di London. Sedih sekali bila terbaca kat twitter Datuk Lee Chong Wei cakap " I'm sorry "

Rasa nak nangis jew bila Datuk cakap macam tu..  Sebak hoi. To me, you the best ! no need to feel sorry. Datuk hero kami semua rakyat Malaysia.

#Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei 
sampai bila-bila pun saya tak kan lupakan match yang saya tengok tadi.

P/s: moh kita boikot beli barang China. Dah banyak dah emas, bagilah satu jew untuk Malaysia, ni pun tak boleh ! huh =.="

August 4, 2012

Tiha Sakit ?

Assalamualaikum wbt.


HAH? tiha sakit? betul ke?
Sakit sakit pun masih boleh update belog lagi kan? *sambil mata melirik tengok doktor handsome*
HAHAHA sebenarnya bukan tiha lah yang sakit, nenek tiha ni yang sakit ni ha *lebih dikenali dengan panggilan mek*
Tiha tolong jaga jew, dah bermalam-malam tidur kat sini. Sakit pinggang cheq kena tidur atas lantai. Semalam baru pergi buang batu dalam perut dia. Tak reti sangat nak cerita pasal benda benda ni, al maklumlah cita-cita nak jadi doktor tak kesampaian. Bukan tak nak jadi tapi bila tengok jew jarum or darah confirm pening nak pitam. Sebab tu tiha paling benci makan ubat or pergi hospital.
Tak tahu lagilah bila boleh keluar ni, kadang-kadang tak tertahan jugak dok lelama kat sini. Tapi yang paling syok dapat tengok doktor doktor handsome *sekadar cuci mata, manalah taw tersangkut pulakk KEHKEHKEH #gatai
ok lah, doakan mek tiha cepat sihat dan cepat cepat keluar dari hospital ni  taw! :))

P/s: Sebenarnya tengah update belakang langsir ni, takoooooot mici or doktor nampak :p

June 23, 2012

Sudah lama tinggalkan kamu

Hi !

Pejam celik pejam celik dah lama aku tak buat entry baru, last entry pun pada 20 May. Tetiba hari ni rasa macam nak buat entry baru.
Entry pasai apo ? Hmm. Entahlah NO IDEA. Tak tahulah apa benda aku nak merapu merapan kat sini.
Mood sekarang masih final exam, dah habis 5 paper dan ada 2 paper lagi. Dan paper aku adalah hari paling last sekali exam untuk semester ni. Kira-kira aku ni penutup DMAS lah. Wish me good luck ok ! :)
Dan semester depan adalah semester last bagi aku. #Hooreyhoorey tak sabar dah ni nak habis. Nak kerja nak kumpul duit banyak-banyak nak bagi umi & abah, lepas tu nak teeettttttttt..................... kawenlah :P
#Eh, tajuk kat atas lain tapi merapu benda lain. Tajuk kat atas bukan sudah lama tinggalkan ex-boypren ke sapa-sapa yang berkaitan tapi dah lama tinggalkan muchuk muchuk muchuk aku ni ha
Dan sekarang ni aku beralih arah ke twitter plak, rarely online facebook and update entry blog. Sebab aku suka tweet kat kat twitter ? sebabnya kawan-kawan kat twitter bukan dengan penuh kepuraan macam kat facebook. bermuka-muka je, kebanyakan mereka semua hipokrit #sigh =.=" kalau kawan-kawan rasa annoying gile dengan tuit aku, korang bolehlah unfollow aku. Aku paham ~



motif letak picture ni ?
tak ada apa-apa motif, mungkin dia comel kot hewhewhew

May 20, 2012

Ciri-ciri lelaki pilihan


Aku tak menginginkan seorang lelaki yang kacak,
cukuplah seorang lelaki yang boleh menjadi iman kepada aku dan anak-anakku..

Aku tak menginginkan seorang lelaki sempurna,
cukuplah seorang lelaki yang mengambil berat tentang diriku..

Aku tak menginginkan seorang lelaki yang kaya,
cukuplah seorang lelaki yang boleh memberi rezeki halal kepada aku dan anak-anakku..

Kita tak boleh nak mengubah seseorang, sekiranya dia tak nak ubah diri dia sendiri. Sedarlah ! Tak guna lagi kita menasihati mereka. Sekiranya mereka sayang dengan diri mereka, mereka akan cuba untuk berubah.. 

nukilan ringkas dari,
cik tiha

May 1, 2012

Seminar Strategik

hi ! hi ! Selamat Malam....

Meh-meh cheq nak cerita sikit mengenai Seminar Strategik yang telah berlangsung dua minggu lepas *dah basi dah Asal baru nak cerita ? sebabnya..........................................
Kawan aku pinjam camera aku nie haaa, gambar semua dalam camera tu. Ni baru dia pulangkan uuuuuuuuuuu~
Setelah lama planning program ni, akhirnya terlaksana jugak program kami ni haaaa, penat hoi tiap-tiap minggu meeting. Asal meeting jew gado, meeting jew gado.. sabo je la
Kami semua buat program ni kat DUSUN RESORT kat Kuala Nerang dekat jew haa..
Tujuan utama pergi sane sebab lecture kesayangan kami nak bawa kami keluar dari UUM, pergi dengar dia ceramah kat luar. Tapi, dengar jew ceramah aku kompem ZZZzzzZ saya tak suka ceramah!

Sebelum bertolakk......


Suasana dalam Dewan ceramah ;)

Zu Where sedih, Daus Doreamon terlebih gembira plak.. Macam-macam karenah, iskh iskh iskh gambar tak clear sebab camera murah sobsobsob


Budak-budak perempuan kelas BJTH3123 GROUP A & B

Inilah lecture kesayangan kami. Tak pernah penat untuk bercerita dalam kelas. Macam-macam cerita kami dengar taw ! (:

Selain pergi ceramah, lecture bagi kami semua tugas iaitu BERLAKON.... Berlakon? Pandai kew aku ? hewhewhew bolehlah setakat nak buat sketsa tu hancur
Macam-macam emosi, komedi yang kami tengok dalam lakonan tu. Ada yang serius, ada yang menangis, ada yang kelakar macam-macam gelagat boleh kita tengok.. Ada tu, aku asyik cakap " bilalah nak habis " bila lakonan terlalu membosankan sampaikan aku menguap tak henti-henti.. *sigh

INI drama anak derhaka, cerita penuh emosi taw. Sampaikan lecture pongg nanges tengok sketsa ni. touching gituuuuuuuu T___T
Sketsa ni menang pada hari tu, haa tu la pelakon wanita & lelaki terbaikk...

Mane aku punyer sketsa? ada. Tapi besar sangat video dia.. susah nak upload.. tak lehlah nak tunjuk kat orang lakonan selamba aku tu.. hakhakhak :P

Bagi aku, seminar ni best. Sebab ?? Sebab Group A & B boleh berkenalan di antara satu sama lain. Daripada tak bercakap, boleh menjadi rapat. Boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami semua chewwah ayat skema :P Papepongg thanks En. Azhar ! Semoga Encik bagi kami semua A+ dalam subjek ni.... heeee ^_^


April 27, 2012

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWERS " BLOGGER DAN TWITTER "

hi ! Selamat Malam

Malam ni ada orang tag aku join SEGMEN  JOM TAMBAH FOLLOWERS " BLOGGER DAN TWITTER " thanks banyak-banyak kat Che A muchas gracias ye adik ! *mentang-mentang belajar spanish cakap spanish la plopp :p
Bila dengar segmen-segmen tentang tambah follower ni, aku semua nak join.. Al-maklumlah follower aku ciput je... biasalah tak sefamous macam orang lain uuuuuuuuu~

nak join? jom reramai CLICK LINK kat bawah banner ni haaaaa


mohla sama-sama kita memeriahkan segmen ni............ :)

tag : eEhan | Lulu | cikKiwi

psttttttttt........jemputlah follow twitter & blog aku ni yeeee..... :P

Makin hampir

Hi !

**tak lain tak bukan kejap lagi mesti cakap " dah lama aku tak update blog " hewwhewhew memey ponggg :P kalau aku jadi belog aku ni, dah lama aku merajukk ni haaa.... bukan ape, agak kebizian *tak ada alasan lain well, nak buat macam mana.. dah nak semester akhir, banyak projek sikit..
cakap pasal semester akhir, semester depan aku semester last kat UUM ok ! #padahal orang lain semester ni dah last nak buat macam mana, course aku 4 tahun beza satu sem jak dengan course 3 tahun ok. nanti grad insyaAllah grad sama-sama dengan budak-budak course 3 tahun :)


sedang aku tengah mengSTALKER facebook orang, aku jumpa benda ni haaa...........



seronok wey tengok benda ni, Taklimat Pra-Pendaftaran Praktikum Sesi A121 (Feb 2013) rasa nak lompat guling-guling je tengok benda ni... Baru perasan nak habis dah aku ni haaaa tak sabar lepas tu nak fikir nak cari tempat praktikal, dah banyak dah list aku ni, tunggu nak hantar resume je ni.... tak sabar nak rasa macam mana kehidupan di tempat kerja.. mesti seronok kan? macam-macam kerenah orang kita boleh tengok nanti..
semoga semuanya berjalan dengan lancar dan doakan aku dapat result yang cemerlang untuk semester ni yee ! Amin :)


pssttt: aku rindu ex-roomate aku *tetiba je

February 28, 2012

Hari pertama dalam kelas Spanish

Assalamualaikum.
Dah lama jari jemari aku tidak menaip kat blog ini ye. Sebabnya:

  1. line macam siput sedut, internet macam haram! banyak benda nak cerita tapi hanya mampu masuk kat draf je. 
  2. tak ada masa nak update sebab terlalu busy dengan kelas. semester ini amik tujuh subjek killer-killer ohhh..
Actually, semester ini aku amik keputusan nak belajar bahasa spanish. Lecture selalu tanya sebab apa amik bahasa sepanyol, minat? sebab terpaksa kena amik?sebab semua kelas dah full dan terpaksa amik bahasa nie. hahaha, sebenarnya aku teringin nak cuba belajar bahasa asing, kawan-kawan cakap bahasa spanish tak susah dan senang nak score A dan tulisan dia tak pelik-pelik macam korea, jepun, cina.........Memang dulu aku minat tengok drama mexico tak ingat tajuk apa yang pukul 3.30 petang kat TV3 tue haaa. best kot, hehehe..

Honestly, kelas spanish hari ini sangat best! dua jam tanpa henti belajar hari nie, budak-budak dalam kelas pong bukan main semangat lagi. tapi kadang-kadang sampai terbelit-belit lidah aku nak menyebutnya. A hingga Z sama je dengan alphabet melayu cuma sebutannya lain sikit.

haaa, tiba-tiba nak ajar orang lain belajar apa yang aku belajar dalam kelas tadi.


-Como te llamas?  
 me llamo Nur Fhatihah binti Zakria
-De donde eres? 
 soy de Kelantan
-Cuantos anos tienes? 
 tengo 23 axos
 -Como estos? (apa khabar?)
  estoy bien (i'm fine)


Buenos dias - good morning
Buenos tardes - good evening
Buenos noches - good night
Adios/chao - bye-bye
gracias - thank you
muchas gracias - thank you so much
hasta luego - see you again/soon
hasta manana - see you tomorrow
estudiante - student
Lo siento - i'm sorry
de nada - welcome
te quiero/te amor - i love you
te odio - i hate you
estupido/imbecil - stupid


lagi?
banyak gile oi belajar hari nie, nanti buat entry lain plak. boleh buat kelas behasa Spanish tak lama lagi nie :P


Exercise: buat perkataan 1 hingga 100. haihh, banyaklah plak lecture bagi kerja sekolah nie :P

February 6, 2012


Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta...benihkanlah cintaku kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta...jagalah cintaku kepadanya agar tidak
melebihi cintaku kepada-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati...izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut kepada-Mu agar aku tidak terjatuh dalam
jurang cinta semu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati... jagalah hatiku kepadanya agar tidak
berpaling selain kepada hati-Mu

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu...jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu... janganlah kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga
malam terakhir-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati kepada kekasih-Mu... jangan biarkan 
aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepada-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Halalkan aku merindui kekasih-Mu... jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga melupakan aku kepada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

sumber : Dara Edisi 116 Feb. '12

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...